Keris Sepukal

Keris Sepukal

Sunday, 28 October 2012

GOBEK API PURBA

Assalamu`alaikum pelawat yang dimuliakan.

Di sini tuk nak tunjukkan gobek api zaman purba yang diperbuat dari tanduk kerbau. Entah macam mana depa buat tuk pun tak reti tetapi memang hebat sebab depa boleh pikir sedemikian rupa. Gobek ini digunakan sebagai alat untuk menghasilkan api (bahan bakar). Sila lihat rajah dibawah:-

 Rajah 1: Dua jenis gobek api yang bersarung.

Rajah 2: Gobek api diluar sarung.

Rajah 3: Antara bahan yang digunakan untuk pembakaran.

Saksikan video di bawah ini bagaimana ujian yang dilakukan untuk menghasilkan nyalaan api dari gobek ini. Sangat menakjubkan. Macam mana agaknya orang dulu-dulu boleh fikir macam ini. Masya`Allah.

Rajah 4: Video cara penggunaan gobek api purba tanduk kerbau.

Gobek ini sedia dimaharkan. Tuk akan ajar pemilik baru bagaimana cara menghasilkan bahan bakar gobek ini.Wassallam.

Tuk Lutfi.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.