Assalamu`alaikum, Terimakasih kerana sudi melayari blog ini. Koleksi yang dipamirkan adalah barang-barang antik, mistik dan purba sehingga ada yang mencecah ribuan tahun. Koleksi ini merupakan koleksi peribadi dan ada juga yang sedia untuk dimaharkan bagi mereka yang berminat. Disamping itu, disenaraikan juga beberapa herba yang berkhasiat untuk rawatan herba bagi yang ingin mencuba. Semoga bermanafaat bagi semua pelawat. Wassallam. Jazakallah.
Keris Sepukal
Friday, 13 May 2011
Tawaran bagi yang serius sahaja..!
Jika ada sesiapa yang benar-benar berminat untuk memiliki barang-barang purba ini, harga tawaran saya adalah hanya RM350,000 sahaja. Ini adalah barang asli dan bukannya replika. Jika tuan-tuan melawat di Muzium Kesenian Islam di K.Lumpur, tuan-tuan akan dapati tembaga yang hanya replika buatan India sudah mencecah ribuan ringgit bagi satu-satu item. Belilah yang asli. Sila emel kepada: koleksilutfi@yahoo.com untuk keterangan lanjut.
Tempayan Purba berukiran penuh.
Ukurlilit tempayan ini adalah 6”, ketinggiannya 1”10” , berasal dari Iran dan dihadiahkan pada Sultan serta digunakan pihak istana Terengganu satu ketika dahulu. Berusia mengjangkau 600 tahun. Tempayan tembaga ini dipenuhi dengan ukiran tulisan arab yang sukar difahami. Ada yang mendakwa ianya adalah dari bahasa urdu dan sebagainya. Mempunyai dua telinga sebagai pemegang. Tempayan ini didakwa untuk kegunaan sultan @ raja dengan mengisi air-air dari bukit dan campuran herba untuk mandian dan sebagainya sebagai pembangkit aura untuk meningkatkan kesihatan.
Labu Sayung
Labu sayung atau buyung ini diperbuat dari tembaga dan permukaannya dipenuhi dengan ukiran. Ianya berasal dari Yunan. Ketinggiannnya 1’2” berukulilit 9.5”. Umur lebih kurang 600 tahun iaitu sezaman dengan batu bersurat. Biasa digunakan di Istana Terengganu untuk mengisi air herba sebagai rawatan tradisional seperti merawat santau dan lain-lain.
Gendang Perang Purba
Asal gendang perang ini daripada Aceh dan pernah digunakan dalam pertempuran antara puak Islam dan kafir satu ketika dulu. Terdapat ukiran kalimah Syahadah di permukaan bahagian atas gendang ini dan surah Al-Ikhlas di keliling bahagian tengah batang gendang ini. Terdapat juga beberapa huruf-huruf hijai`iyyah pada keliling permukaan atas gendang ini. Ukurlilit permukaan gendang adalah 3’4” dan ketinggian gendang ini adalah 1’4” sahaja. Mempunyai ruang pengikat kiri kanan gendang untuk memudahkan membawanya dalam medan pertempuran. Di bawa ke Semenanjung lalu digunakan di Istana Terengganu pada zaman ulamak tersohor Tok Pulau Manis.
Kendi Tembaga Purba
Kendi ini mempunyai ukiran ayat Al-quran disekelilingnya . Kendi ini adalah kegunaan para pihak Istana untuk menyiram kubur dengan mengisi air mawar. Asal buatan ini kendi dari mana tidak diketahui tetapi ianya digunakan oleh Sultan Zainal Abidin II, menurut sejarah. Berukurlilit 2' dan ketinggian 7" dari dasar ke hujung tudung iaitu tidak termasuk ketinggian tangkai pemegang. Usia kendi ini adalah ratusan tahun.
Cerek Herba Purba
Cerek untuk memasak herba kegunaan Sultan Zainal Abidin II pada masa dahulu. Ianya diperbuat dari tembaga manakala penutupnya yang berukiran diperbuat daripada tembaga merah. Ukurlilit 2’ 5” dan mempunyai ukiran ayat Al-Quran iaitu Bismillah dan ayat Seribu Dinar. Berusia ratusan tahun.
Perisai Purba
Asal perisai ini adalah dari Aceh dan pernah digunakan pada peperangan ACEH satu ketika dahulu. Kesan tikaman mata pedang juga terdapat dipermukaan perisai ini. Garispusat adalah berukuran 1’8” manakala ukurlilitnya adalah 5’3”. Terdapat ukiran berbunga pada permukaannya. Perisai ini diambil bersama-sama pasangannya iaitu sebilah pedang fisabillah yang panjang, ulu sepanjang lengan. Malangnya perisai ini ghaib dengan tibat-tiba ketika sedang sibuk mencuci perisai ini. Yang menakjubkan, pedang ini ghaib secara terbang menembusi siling rumah tanpa mencacatkan siling dan atap rumah. Menurut sejarah perisai ini pernah digunakan pada zaman Sultan Zainal Abidin II di Terengganu.
Manuskrip
Menurut pakar daripada bahagian manuskrip Perpustakaan, manuskrip (1) dan (2) ini berusia ratusan tahun dan ianya adalah asli, bukan dibuat secara artificial sebagaimana yang pernah berlaku di luar negara seperti Aceh di mana kitab baru ditanam dalam tanah dan menggunakan pelbagai teknik untuk menunjukkan seolah-olah ianya adalah kitab lama. Nilaian kedua-dua manuskrip ni dianggarkan puluhan ribu ringgit.
Wednesday, 4 May 2011
Keris Bugis
Keris bugis berlubang
Ini merupakan Keris Majapahit yang berusia ratusan tahun. Diperolehi daripada pewaris dan juga penyimpan barang-barang purba dari Utara Thailand. Terdapat kesan berlubang di tengah-tengah keris ini. Keris ini digunakan sebagai pembangkit semangat diri bagi pemiliknya. Keris ini belum lagi digunakan untuk pertempuran tetapi digunakan sebagai perhiasan pada raja-raja zaman dahulu.Kesan rekahan berbentuk lubang di tengah-tengah keris ini tidak muat untuk memasukkan duit RM50. Menurut sesetangah pihak, jika keris berlubang dan boleh diselitkan duit bernilai RM50, ianya boleh digunakan sebagai ibu duit. Waullahu`alam. Sedia di maharkan.
Lembing lama.
Lembing ini boleh didirikan dengan sedikit arahan suatu ketika dahulu. Pemilik asal lembing ini biasa menggunakan lembing ini untuk membunuh binatang buas seperti babi, ular, harimau dan beberapa binatang buas yang lain. Usia lembing ini hampir 100 tahun.
Gambar di bawah ini pula adalah beberapa bilah lembing lagi, pedang samurai, kayu tas, dacing lama dan elek (alif) tembaga semunya berusia lebih dari 50 tahun.
Gambar di bawah ini pula adalah beberapa bilah lembing lagi, pedang samurai, kayu tas, dacing lama dan elek (alif) tembaga semunya berusia lebih dari 50 tahun.
Keris saden @ Tok Wali dan Belati
Dari kiri : Keris Sadin @ Tok Wali dan Pisau Belati.
Usia keris ini ratusan tahun. Ianya di bawa dari Patani bersama dengan parang @ pedang patani. Keris ini diperolehi dari pewarisnya yang berasal dari Patani. Pada masa dulu keris ini merupakan punca gangguan dalam keluargha berkenaan.
Pisau Belati ini pula hanya digunakan untuk penyembelihan ayam. Besinya sanga kuat dan amat tajam dan ulunya diperbuat dari gading gajah. Umurnya sekitar 50 tahun.
Pelbagai senjata
Keris Bugis dan Keris Malela
Keris di atas adalah keris bugis lama 7 luk. Keris ini diminati oleh penyimpan barang-barang purba, antara kelebihan keris ini adalah boleh mengeluarkan nombor bila dilakukan sesuatu oleh yang ahli dalam babnya. Ketika mula-mula diambil, keris ini hitam pekat sehingga tidak nampak bentuk dan pamornya, dan apabila buat pertama kali dimandikan tiba-tiba timbul dengan jelas nombor 4 angka, menurut kata orang itu adalah nombor ekor tapi saya tidak berminat. Sedia dimaharkan.
Keris sebelah bawah pula adalah keris Malela atau keris Gelugor yang sangat dikenali terutamanya di Trg. Keris Gelugor diperbuat menggunakan besi baja keseluruhannya yang menjadikan ianya sangat kuat dan hebat apabila digunakan dalam pertempuran. Ulu keris malela ini adalah terdiri dari tanduk kerbau. Bersama keris malela ini juga terdapat dua bilah lembing yang telah digunakan oleh pemilik asal untuk membunuh lanun seramai 60 orang dilaut. Pemilik asal adalah seorang, bomoh guru silat dan orang ke laut. Usia kedua-dua keris ini dan juga lembing berkenaan lebih seratus tahun. Sedia dimaharkan.
Keris sebelah bawah pula adalah keris Malela atau keris Gelugor yang sangat dikenali terutamanya di Trg. Keris Gelugor diperbuat menggunakan besi baja keseluruhannya yang menjadikan ianya sangat kuat dan hebat apabila digunakan dalam pertempuran. Ulu keris malela ini adalah terdiri dari tanduk kerbau. Bersama keris malela ini juga terdapat dua bilah lembing yang telah digunakan oleh pemilik asal untuk membunuh lanun seramai 60 orang dilaut. Pemilik asal adalah seorang, bomoh guru silat dan orang ke laut. Usia kedua-dua keris ini dan juga lembing berkenaan lebih seratus tahun. Sedia dimaharkan.
Pasangan Lembing Daun Sirih Jantan dan Betina.
Pemilik asal lembing daun sirih ini adalah berasal dari Sumatera., dibawa ke Patani pada zaman penjajahan tentera kufar Siam yang menakluk dan menganiaya orang Islam. Lembing ini telah digunakan beberapa kali dalam pertempuran untuk serangan musuh dan telah ramai menjadi mangsa. Satu ketika dulu dalam lingkungan 5 tahun lepas, pewaris pemilik asal lembing ini pernah menunjukkan kelebihan lembing ini iaitu boleh diterbangkan setelah diletak di atas tapak tangan untuk mengejar mangsa. Pernah membunuh pencuri kelapa yang sedang memanjat kelapa yang disangkakan musang. Usia lembing ini melebihi 300 tahun.
Parang Panjang Fisabillah – Parang Bugis
Parang ini berusia lebih 50 tahun yang dimiliki asalnya oleh ahli pewaris silat Selendang Merah. Ianya dihadiahkan pada saya tanda persahabatan. Parang ini diukir dengan beberapa ayat al-quran dan juga mempunyai beberapa wafaq dari huruh-huruf arab hijaiiyyah dengan khasiat-khasiat tertentu. Digunakan untuk latihan persilatan.
Badik 13 Mei
Badik ini berasal daripada warisan ahli kumpulan Selendang Merah yang terlibat dengan peristiwa 13 Mei. Kesan mata dari badik ini menunjukkan telah digunakan membunuh mangsa iaitu pernah memakan darah. Ada sesetengah pihak menggelar badik ini sebagai Suwar Sumatera dan sebagainya. Badik ini sangat diminati oleh peminat barang purba atau ahli-ahli dalam dunia persilatan dan perubatan tradisional. Harga mahar badik ini pernah ditawarkan melebihi RM20k.
Benet, pisau arab dan badik @ pisau purba
Dari atas: Benet, pisau arab dan badik @ pisau purba.
Menurut sesetengah yang arif, badik atau pisau purba ini mempunyai sejarah tertentu. Mungkin juga benar kerana pisau ini diambil daripada rumah seseorang yang telah menyebabkan salah seorang ahli keluarganya sakit. Pisau ini diambil bersama dengan parang sembelihan yang telah menyebabkan hampir sepuluh tahun tingkat sebelah atas rumah berkenaan suram dan takut didiami suatu masa dahulu.
Pedang Patani
Menurut sejarah, pedang ini dimiliki oleh seorang perempuan dari Patani. Di bawa ke Semenanjung dari Patani oleh warisan beliau yang mana keturunan beliau yang berikutnya terkena sumpahan seperti tidak boleh makan ikan tertentu dan sebagainya. Kisah (sumpahan) seperti ini bukanlah cerita dongeng tetapi satu kenyataan seperti yang pernah berlaku pada keturunan Pak Kadok yang tidak boleh memakan ikan tapah dan sebagainya. Jika di makan akan menjadi gatal-gatal seluruh badan sehingga boleh membawa maut sebagai satu asbab. Teknologi perubatan moden masih ketinggalan dalam perkara ini kerana gagal mengesan punca penyakit akibat kesan sumpahan ini. Walau bagaimanapun bagi keturunan Pak Kadok, Kancing Emas pusaka digunakan untuk rawatan itu dan terbukti keberkesanannya. Waullahu`alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Keris dan pelbagai senjata lama
Assalamu`alaikum,
Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.
Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.

















