Keris Sepukal

Keris Sepukal

Wednesday, 4 May 2011

Pelbagai senjata


Keris Bugis dan Keris Malela

Keris di atas adalah keris bugis lama 7 luk. Keris ini diminati oleh penyimpan barang-barang purba, antara kelebihan keris ini adalah boleh mengeluarkan nombor bila dilakukan sesuatu oleh yang ahli dalam babnya. Ketika mula-mula diambil, keris ini hitam pekat sehingga tidak nampak bentuk dan pamornya, dan apabila buat pertama kali dimandikan tiba-tiba timbul dengan jelas nombor 4 angka, menurut kata orang itu adalah nombor ekor tapi saya tidak berminat. Sedia dimaharkan.

Keris sebelah bawah pula adalah keris Malela atau keris Gelugor yang sangat dikenali terutamanya di Trg. Keris Gelugor diperbuat menggunakan besi baja keseluruhannya yang menjadikan ianya sangat kuat dan hebat apabila digunakan dalam pertempuran. Ulu keris malela ini adalah terdiri dari tanduk kerbau. Bersama keris malela ini juga terdapat dua bilah lembing yang telah digunakan oleh pemilik asal untuk membunuh lanun seramai 60 orang dilaut.  Pemilik asal adalah seorang, bomoh guru silat dan orang ke laut. Usia kedua-dua keris ini dan juga lembing berkenaan lebih seratus tahun. Sedia dimaharkan.

Pasangan Lembing Daun Sirih Jantan dan Betina.
Pemilik asal lembing daun sirih ini adalah berasal dari Sumatera., dibawa ke Patani pada zaman penjajahan tentera kufar Siam yang menakluk dan menganiaya orang Islam. Lembing ini telah digunakan beberapa kali dalam pertempuran untuk serangan musuh dan telah ramai menjadi mangsa. Satu ketika dulu dalam lingkungan 5 tahun lepas, pewaris pemilik asal lembing ini pernah menunjukkan kelebihan lembing ini iaitu boleh diterbangkan setelah diletak di atas tapak tangan untuk mengejar mangsa. Pernah membunuh pencuri kelapa yang sedang memanjat kelapa yang disangkakan musang. Usia lembing ini melebihi 300 tahun.

Parang Panjang Fisabillah – Parang Bugis
Parang ini berusia lebih 50 tahun yang dimiliki asalnya oleh ahli pewaris silat Selendang Merah. Ianya dihadiahkan pada saya tanda persahabatan.
Parang ini diukir dengan beberapa ayat al-quran dan juga mempunyai beberapa wafaq dari huruh-huruf arab hijaiiyyah dengan khasiat-khasiat tertentu. Digunakan untuk latihan persilatan.


Badik 13 Mei
Badik ini berasal daripada warisan ahli kumpulan Selendang Merah yang terlibat dengan peristiwa 13 Mei. Kesan mata dari badik ini menunjukkan telah digunakan membunuh mangsa  iaitu pernah memakan darah. Ada sesetengah pihak menggelar badik ini sebagai Suwar Sumatera dan sebagainya. Badik ini sangat diminati oleh peminat barang purba atau ahli-ahli dalam dunia persilatan dan perubatan tradisional. Harga mahar badik ini pernah ditawarkan melebihi RM20k.

Benet, pisau arab dan badik @ pisau purba

Dari atas: Benet, pisau arab dan badik @ pisau  purba.
Menurut sesetengah yang arif, badik atau pisau purba ini mempunyai sejarah tertentu. Mungkin juga benar kerana pisau ini diambil daripada rumah seseorang yang telah menyebabkan salah seorang ahli keluarganya sakit. Pisau ini diambil bersama dengan parang sembelihan  yang telah menyebabkan hampir sepuluh tahun tingkat sebelah atas rumah berkenaan suram dan takut didiami suatu masa dahulu.


Pedang Patani

Menurut sejarah, pedang ini dimiliki oleh seorang perempuan dari Patani. Di bawa ke Semenanjung dari Patani oleh warisan beliau yang mana keturunan beliau yang berikutnya terkena sumpahan seperti tidak boleh makan ikan tertentu dan sebagainya. Kisah (sumpahan) seperti ini bukanlah cerita dongeng tetapi satu kenyataan seperti yang pernah berlaku pada keturunan Pak Kadok yang tidak boleh memakan ikan tapah dan sebagainya. Jika di makan akan menjadi gatal-gatal seluruh badan sehingga boleh membawa maut sebagai satu asbab. Teknologi perubatan moden masih ketinggalan dalam perkara ini kerana gagal mengesan punca penyakit akibat kesan sumpahan ini. Walau bagaimanapun bagi keturunan Pak Kadok, Kancing Emas pusaka digunakan untuk rawatan itu dan terbukti keberkesanannya. Waullahu`alam.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.