Keris Sepukal

Keris Sepukal

Sunday, 24 April 2011

Keris Bugis Berwafaq Huruf Arab

Keris berwafaq tulisan huruf  Arab berusia ratusan tahun.

Keris ini pernah dicuri tetapi pencuri hanya berjaya mencuri hulu gading gajah, dokok emas dan sarungnya sahaja. Keris ini ditinggal begitu sahaja oleh pencuri berkenaan dalam keadaan telanjang iaitu tanpa hulu, tanpa dodok dan tanpa sarung. Hulu, dokok dan sarung sekarang adalah diperbuat baru tetapi sudah mencapai puluhan tahun.

Keris ini juga boleh berdiri hanya menggunakan hulu, dalam keadaan biasa iaitu dengan mata keris ianya memang sudah biasa boleh berdiri. Jika tanpa menggunakan sarung, ianya  juga boleh berdiri tetapi tidak lama, hanya seketika sahaja. 

Sungguhpun begitu untuk mendirikan keris bukanlah satu perkara yang mudah. Pemilik keris mestilah mampu mengesan keseimbangan mata keris dan hulu keris itu. Jika buatan keris ini sangat baik, maka ianya sangat mudah didirikan. Keris yang boleh berdiri tanpa sarung maupun bersarung menunjukkan ianya adalah buatan yang sangat bermutu dan mempunyai khasiat @ kelebihan yang tertentu. Biasanya hulu keris akan digerak-gerakkan (dipusingkan) supaya betul-betul sesuai dengan cara dipegang oleh pemilik keris. Setelah mendapat kesesuaian memegangnya, iaitu rasa selesa jika (seolah-olah) hendak digunakan untuk bertempur (berlawan), barulah mudah mengesan keseimbangan graviti keris ini secara tepat hasil dari aura @ gelombang yang mengelilingi keris itu. Keris di atas ini tidak menggunakan sebarang makhluk sokongan (khadam) untuk membolehkan ia berdiri sedemikian rupa, ianya hanyalah secara perintah sahaja dan disulami dengan bacaan mana-mana ayat2 Al-Quran yang terasa dihati. Biasanya, bila keris mengenali tuan, ia patuh menurut arahan, bukan pula hanya setakat berdiri, malah boleh meluncur terbang mengejar sasaran untuk mengorbankan musuh di mana kesannya lebih hebat (merbahaya) dari senjata api. Sekiranya bercadang untuk tujuan tatapan umum untuk membuktikan akan kelebihan keris ini, biasanya ianya tidak berjaya (tidak diizinkanNya) melainkan  pemilik keris itu menggunakan Khadam (penjaga ) keris, yang hakikatnya haram dari sudut syarak (Istidrash). Amalan menggunakan khadam keris atau senjata adalah perkara biasa bagi guru-guru silat atau  pesilat-pesilat di tanah air ini (Malaysia)  samada diketahui atau mereka sendiri jahil tentang perkara itu. Oleh itu, berhati-hatilah ketika membeli keris kerana dikhuatiri anda terbeli dengan khadam atau hantu raya khadam keris mereka itu. Jika terjadinya demikian biasanya bakal melahirkan anak-anak saka hasil persetubuhan khadam itu dengan isteri-isteri anda tanpa disedari. Akhirnya anda yang menjadi Khadam, dan khadam anda pula menjadi Tuan. Berhati-hatilah.

Keris ini sedia dimaharkan iaitu hanya RM11111.00

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.