Keris Bugis Berbisa Ulu Bertam.
Keris ini agak istimewa, ada pihak Muzium sudah bersetuju membeli dengan harga RM10,000 tetapi pemilik asal tidak bersedia untuk menjualnya. Semasa keris ini saya perolehi, mata kerisnya hitam pekat dan berkarat sehingga tidak nampak langsung pamornya. Ulu keris ini diperbuat dari gigi ikan iaitu ikan Bertam, ikan yang sangat besar iaitu kalau nak ditarik ke darat kena gunakan tali sebesar lengan. Keris ini pernah digunakan sewaktu 13 Mei satu masa dahulu. Semenjak peninggalan keris ini dari pemilik asal, sudah puluhan tahun tidak ada sesiapa pun mampu mencabut dari sarungnya. Keris ini nampak biasa sahaja tetapi hakikatnya bukanlah sebarangan, pelbagai musibah menimpa pada penyimpan sebelum ini sehingga ada yang telah membawa maut. Tidak dimaharkan.
Keris ini pernah diselitkan di pinggang oleh pemilik sebelum ini ketika menunggang motosikal. Kebetulan ada sekatan jalanraya di sekitar Kuala Terengganu lalu diperiksa oleh pihak polis dan kebetulan ternampak keris ini. Pihak polis ingin merampas keris ini, tanpa diduga keris ini beralih sendiri ke belakang badan. Pihak polis cuba merampasnya sekali lagi, sekali lagi keris ini beralih ke bahagian kaki. Akhirnya pihak polis melepaskan sahaja kerana diberi amaran kalau berani merampas sekali lagi, maka mata keris ini pula akan beralih tepat ke perut polis berkenaan. Hakikatnya ... peluru pistol hanya bergerak lurus tetapi mata keris mampu mengejar sasaran sehingga maut!. Hal ini telah terbukti kebenarannya. Oleh itu, simpanlah sekurang-kurangnya sebilah keris sebagai pembangkit semangat, senjata, pengawal peribadi secara jarak jauh yang pada bila-bila masa sedia berkhidmat dan sebagainya. Dapatkanlah sebilah keris daripada orang (guru) yang ahli (mahir) dalam babnya.