Keris Sepukal

Keris Sepukal

Monday, 31 December 2012

HERBA WARISAN SURI



Rajah 1: Warisan Suri

Gambar di atas adalah salah satu produk utama koleksilutfi. Produk ini adalah herba khusus untuk kaum wanita sahaja. Tuk namakan produk ini sebagai Herba Warisan Suri. Herba ini sudah berada dipasaran ratusan tahun yang lampau. Merujuk kepada data yang diperolehi (setakat dalam lingkungan 300 tahun yang lampau), Tuk merupakan pewaris ke 7 yang memegang segala rahsia adunan herba ini dan Tuk merupakan orang lelaki pertama yang berjaya mewarisinya menurut sejarah. Tuk mula mempelajari adunan produk ini ketika berusia 15 tahun iaitu pada 1978. Setelah 20 tahun mempelajari melalui ibu Tuk (Pewaris ke 6), barulah Tuk amik alih pemprosesan herba ini iaitu semenjak 1998 sehingga sekarang.

Antara keistimewaan Warisan Suri adalah:

a. Merawat Keputihan . Keputihan merupakan penyakit biasa bagi setiap wanita.
b. Menyubur dan menyempitkan rahim terutama yang sudah ramai anak.
c. Meningkatkan daya kepuasan seks bagi pasangan.
d. Sebagai terapi pemulihan kanser rahim.
e. Menjarangkan anak.
f.  Mengatasi mandul bagi wanita dan lain-lain.

Antara kejayaan terbesar WARISAN SURI adalah ada kes yang telah menyebabkan kanser rahim setelah sekian lama. Dengan izin Allah, dua orang pelanggan yang telah menggunakan dengan betul herba warisan suri ini, maka kanser ini berjaya dipulihkan dalam jangka masa yang agak singkat. Salah seorang darinya telah disahkan doktor hidup tidak lama akibat kanser rahim yang sudah merebak. Alhamdulillah, syukuran masih bernyawa sehingga sekarang.Amin.

Ilmu perubatan herba dan rawatan tradisional memang agak bercanggah dengan perubatan kedoktoran moden.Tuk mempunyai ramai kenalan dari kalangan doktor yang sering bertukar pendapat dalam bidang perubatan. Ilmu perubatan tradisional atau Islam cukup dengan bukti daripada orang (guru) yang ahli dalam bidangnya, tetapi dalam bidang perubatan moden perlu dianalisis dengan mendalam sehingga dapat dibuktikan dengan beberapa alat. Kelebihan rawatan tradisoanal adalah semua akar kayu yang dibekalkan oleh pengamal rawatan tradsional dan Islam ini akan diiringi dengan doa-doa Nur Al Quran dan berharap benar-benar pada Allah.  Kedua-dua kaedah perubatan ini adalah benar berlaka cuma terpulang kepada pesakit menerimanya, tetapi apabila menggunakan akar kayu kita bebas dari soalan halal haram kerana sohih tiada campuran yang tidak menepati syarak. Hasrat kita supaya pesakit akan pulih rohani dan jasmani. Bukannya ubatan atau moden sekarang ini, pada zahirnya sihat tapi bathinnya merana dan rosak.

Contohnya, orang yang mengidap kencing manis, kalau melalui perubatan moden, macam-macam ubat diberikan. Jika rawatan tradisionan cukup dengan akar-akar  kayu dan terbukti berkesan dengan sempurna. Antara akar kayu adalah seperti berikut:-



dan beberapa lagi akar kayu yang sangat berkesan. Bagi pesakit buah pinggang pula , herba dari buah kulim (pokok balak) sangat mujarab tanpa perlu rawatan moden.

Herba Warisan Suri ini tidak dibuat secara komersial kerana tidak ada peralatan mesin yang sesuai mampu memprosesnya. Ramuannya pekat likat dan hanya memerlukan cahaya matahari sebagai media pemanas untuk menjadikannya betul-betul kering dengan sempurna. Oleh itu, ianya dibuat hanya melalui tempahan sahaja.

Untuk keadaan biasa, herba ini digunakan oleh kaum ibu untuk menyucikan rahim walaupun tidak ada kesan-kesan kanser atau penyakit lain seperti keputihan teruk dan sebagainya. Biasanya keluaran lendir yang berlebihan banyak mengganggu persetubuhan dan menyebabkan ketidakpuasan pasangan. Perkara seperti ini memang selalu Tuk terima aduan daripada kedua-dua pasangan. Insya`Allah dengan penggunnan Warisan Suri secara betul dapat membantu memperbaikinya.

Warisan Suri ini dijual hanyalah dengan harga RM20 sebungkus (termasuk  pos) untuk kegunaan sebulan. Untuk keterangan lanjut SMS sahaja ke broadband Maxis iaitu: 0183726702 (Datin Halimah Sa`adah akan menjawab semua persoalan berkaitan dengan herba ini).

Dato` Lutfi.

Monday, 24 December 2012

UBAT POWER LELAKI



UBAT POWER LELAKI.

Rajah 1: Contoh Ubat Power Lelaki

Tuk ingin menawarkan herba khusus untuk lelaki yang ingin meningkatkan mutu kekuatan seks. Majoriti kaum lelaki yang mengalami penyakit ini sukar pula untuk mendapatkan herba yang murah. Hampir semua ubat dipasaran adalah sangat tinggi sehingga mencecah harga sekurang-kurangnya RM45 sebiji. Jadi, Tuk  sedia menawarkan herba asli bersumberkan akar kayu dan daun-daun yang setanding dengan keluaran lain untuk  mengatasi masalah ini dan memberi kepuasan pada pasangan masing-masing. Insya`Allah.

Berdasarkan pengalaman Tuk merawat kaum lelaki yang mati pucuk dan lemah tenaga batin, herba ini adalah salah satu rahsia Tuk untuk mengembalikan atau memulihkan penyakit mereka. Di samping itu, pesakit perlulah berpantang beberapa perkara sebelum sembuh sepenuhnya. Bagi mereka yang normal, penggunaan herba ini memang sangat memuaskan pasangan, insya`Allah.

Harga yang Tuk tawarkan adalah seperti berikut:

Sebotol/plastik 4 biji  : RM40 sahaja. (Seminggu sekali , untuk sebulan bagi lelaki normal).
Sebotol/plastik (4x4) = 16 biji : RM140 sahaja.
{Harga ini lebih murah jika dibandingkan dengan nilai pelaburan untuk membeli rokok, satu bahan yang menjadi punca lemahnya tenaga batin}.

(Untuk Sabah dan Sarawak, sila tambah RM10 untuk pos).

Bagi lelaki normal, memadai dengan menggunakannya sebiji atau dua biji seminggu. Tuk akan sertakan beberapa petua untuk rujukan dan amalan bersama. Terimakasih.

Pelaburan kecil ini mampu memberi pulangan yang besar! Insya`Allah. 
Kepuasan pasangan adalah sangat diutamakan.

Cara order :

Masukkan secara online ke akaun  berikut:

Maybank atas nama : PUSTAKA GLOBAL.
No akaun : 5645 5712 5471.

Selepas pembelian, sila sms ke 0128801389, atau PM ke FB Tuk (www.facebook.com/tabutsakinah) dan berikan maklumat pembayaran atau Sila masukkan emel koleksilutfi@gmail.com jika telah membuat pembayaran melalui maybank. (Bukti yang Sahih). PM juga alamat penghantaran dan Tuk akan bagi maklumat seterusnya untuk mendapatkan barang.

JAZAKALLAH.

DATO` LUTFI

Monday, 17 December 2012

ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE

Assalamualaikum dan salam sejahtera pelawat yang dimuliakan.

IMP adalah singkatan bagi perkataan Islamic Manufacturing Practice atau dalam Bahasa Malaysia adalah Amalan Pengilangan Islam (API).

..To..be Continued.. ada tetamu sat.

Monday, 26 November 2012

Petua Elak Gangguan

Assalamu`alaikum pelawat yang dimuliakan.

Di sini Tuk sekadar nak berkongsi cerita berkenaan dengan gangguan yang biasa kita ketahui dan dengar samada daripada pengalaman dalam merawat pesakit atau berita daripada sahabat karib dan lain-lain. Jadi Tuk ingin kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan dari berlakunya gangguan tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:-

1. Hendaklah kekalkan dalam keadaan berwudhuk. Sesungguhnya wudhuk itu adalah Nur.
2. Imarahkan premis dengan bacaan Al-Quran, iaitu istiqamah penghuni rumah hendaklah rajin-rajin membaca mana-mana ayat Quran yang lazim dibaca. Jika rajin, imarahlah premis dengan bacaan Surah Nuh, Al-Jin, Al-Muzammil dan Al-Mulk dan sebagainya pada setiap malam.
3. Pastikan sebelum tidur tidak ada pinggan mangkuk yang terbiar dan sila tutup tong sampah di dalam rumah. Amalkan berwudhuk sebelum masuk keperbaringan.
4. JANGAN sesekali menggantung gambar-gambar di dinding rumah. Malaikat rahmat tidak akan masuk. Ada sirrah menyatakan malaikai Jibrai langsung tidak mahu bertemu Nabi SAW sebab adanya gambar binatang yang sempurna menjadi tirai di rumah Nabi SAW ketika itu. Ianya haram dari hukum syarak lebih-lebih jika gambar yang digantung itu adalah gambar orang fasik. (Sila rujuk bab hukum pada 4 Mazhab yang muktabar iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali). Tak payah lah nak gantung gambar ijazah, gambar kawin, gambar guru2 dan lain2. Semuanya TIDAK memberi manafaat walaupun sedebu kebaikan. Turunkan gambar tersebut dan simpanlah dalam album jika nak sangat buat kenangan. Kalau gambar-gambar tersebut dijadikan alas kaki, alas tempat tidur dan lain2 seumpama itu, ianya tidaklah salah pada hukum syarak.
5. Jangan berlajar ilmu-ilmu hikmah dengan sebarangan guru. Wajib mendalami ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasauf terlebih dahulu sekurang-kurangnya melepasi Fardhu Ain dahulu. Jika jahil bab agama yang wajib, maka ilmu hikmah yang dipelajari semuanya bakal didampingi iblis, setan dan jin kafir. Ini akan menggangu keturunan seterusnya. Kena pilih guru, jgn pilih sebarangan.
6. Jangan beli batu-batu hikmat tanpa mengetahui asal usul atau hikmat batu berkenaan. Jangan beli batu kononnya untuk buat kerja cari rezeki dan sebagainya.
7. Jangan terlibat dengan hal-hal mistik jika tidak ada ilmu. Banyak orang menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit kerana terpengaruh dengan perkara mistik yang mereka tidak arif, akhirnya memudaratkan keluarga masing-masing sehingga jadi papa kedana dan mulalah menyalahkan pihak lain. Kesannya semuanya akan berselisih faham. Sedarlah sesungguhnya IBLIS hanya lakukan perkara yang kecil sahaja pada peringkat permulaan iaitu sekadar menanam minat, the rest semua kita yang lakukan sehingga punah kehidupan dan mula berkhianat sesama sendiri. Santau, sihir dan lain-lain adalah jalan terakhir untuk membalas dendam yang berasalnya dari kebodohan sendiri.

Ini sekadar nasihat ikhlas daripada Tuk. Silalah betulkan Tuk jika ada mana-mana yang menyimpang dalam penulisan ini, semoga dapat dimanafaatkan bersama. Insya`Allah.

To Be Continued...

Dato` Lutfi.

Monday, 5 November 2012

Kain Cindai Anti bakar.


Rajah 1: Kain Cindai Anti Bakar.

Assalamu`alaikum sahabat dan pelawat yang dimuliakan.

Rajah di atas adalah kain cindai asli yang tidak hangus dibakar. Beberapa kali ujian pembakaran menggunakan minyak petrol pernah dilakukan. Hanya terdapat kesan-kesan abunya pada kain, apabila dilap abu asap pembakaran, kain akan balik seperti asal. Tiada sebarang kecacatan pada kain ini. Alhamdulillah.

'KAIN CINDAI INI SEDIA DIMAHARKAN'

Wassallam.

Tuk Lutfi

Sunday, 28 October 2012

GOBEK API PURBA

Assalamu`alaikum pelawat yang dimuliakan.

Di sini tuk nak tunjukkan gobek api zaman purba yang diperbuat dari tanduk kerbau. Entah macam mana depa buat tuk pun tak reti tetapi memang hebat sebab depa boleh pikir sedemikian rupa. Gobek ini digunakan sebagai alat untuk menghasilkan api (bahan bakar). Sila lihat rajah dibawah:-

 Rajah 1: Dua jenis gobek api yang bersarung.

Rajah 2: Gobek api diluar sarung.

Rajah 3: Antara bahan yang digunakan untuk pembakaran.

Saksikan video di bawah ini bagaimana ujian yang dilakukan untuk menghasilkan nyalaan api dari gobek ini. Sangat menakjubkan. Macam mana agaknya orang dulu-dulu boleh fikir macam ini. Masya`Allah.

Rajah 4: Video cara penggunaan gobek api purba tanduk kerbau.

Gobek ini sedia dimaharkan. Tuk akan ajar pemilik baru bagaimana cara menghasilkan bahan bakar gobek ini.Wassallam.

Tuk Lutfi.

Monday, 15 October 2012

Barang Mistik

Assalamu`alaikum pelawat-pelawat yang dimuliakan.

Rajah 1: Apel Jin

Ramai orang yang terlibat dengan dunia mistik sangat berminat dengan Apel Jin. Apakah kegunaannya Tuk pun tak pasti, yang pasti ia digunakan untuk ritual tertentu.


Rajah 2: Siling Yasin 9 Perempuan memegang tongkat di bahu.
Selalunya, siling yasin 9 bertongkat hanyalah orang lelaki. Inilah satu-satu siling bertongkat perempuan.

Rajah 3: Kayu Ibo berbisa.
Kayu Ibo biasanya disukai oleh pemakai cincin untuk tujuan pertahanan diri dan bisa. Kayu ibo adalah sangat sukar untuk diperolehi dan susah berada dipasaran.


Rajah 4: Mani gajah dan mata cincin Raja kayu.
Mani gajah ada pelbagai jenis. Ada berbentuk cecair, ada berbentuk forsil dan ada berbentuk batu-batu merekah dan bentuk cecair. Semuanya mempunyai khasiat masing-masing bergantung kepada kualiti yang diperolehi. Semua mani gajah di atas (dari kiri iaitu 1,2 dan 3) sudah diuji iaitu mampu menarik kayu kecil dalam air bila digoreskan.

Rajah 5: Pedang Purba Belanda dan Parang Purba.
Kedua-dua senjata ini adalah barang ratusan tahun. Mata senjata adalah besi hitam dan dari keadaan asal.


KESEMUA BARANG-BARANG INI SEDIA DIMAHARKAN.

Terima kasih.

Tuk Lutfi.

Friday, 28 September 2012

Buang SAKA.. Sakitnya!


Assalamu`alaikum sahabat yang dimuliakan.

Hari ini Tuk nak cerita sedikit tentang rawatan tradissional atau rawatan Islam. Pernahkan anda menyaksikan bagaimana perawat merawat pesakitnya. Tuk hanya nak kongsi info bentuk rawatan yang dilakukan sangat menyakitkan. Cuba lihat rajah berikut:-



Inilah contoh gambar bentuk rawatan yang dilakukan oleh ribuan perawat. Kononnya hendak halau hantu dalam badan sebab jika lakukan begitu pesakit akan menjerit-jerit! Tuk ingin menasihatkan pada sahabat semua jika ada perawat yang cuba lakukan perkara seperti ini, hendaklah tuan-tuan lakukan pada jarinya dulu, tengoklah dulu .. sudah tentu depa melaung-laung kesakitan! Kemudian dari itu perawat itu merakamkan gambar pesakit-pesakit terutama pesakit perempuan yang sedang menjerit-jerit seolah-olah hebat pusat rawatannya! Seolah2 hebat guru itu dan sebagainya.  Apa yang selalu terjadi, demi untuk menahan kesakitan disepit jari sedemikian rupa didapati pesakit perempuan meronta kesakitan sehingga terbuka auratnya!.

Ada juga perawat yang menggunakan lada hitam diletakkan di jari kaki atau tangan kononnya hendak hilangkan hantu! Walhal perawat itu yang berhantu. Hakikatnya kalau  Big Show, Hulk Hogan atau mana-mana wrestler diperlakukan perkara yang sama akan menjerit kesakitan. Oleh itu!  Pesanan tuk jika ada perawat hendak lakukan sedemikian, lakukan pada jarinya dulu. Rakamlah gambar depa sedang menjerit dan beritahu bahawa perawat itu berhantu!..hu3.

Tuk juga hendak berpesan supaya JANGAN sesekali meminum air yang dibawa oleh perawat walau dari pusat rawatan terkenal sekalipun. Tuan-tuan hendaklah beli air mineral sendiri atau air zam-zam. Tak apalah dijampi oleh perawat.

Tujuan tuk bangkitkan isu ini adalah kerana ada kes terbaru baru-baru ini dalam sebuah keluarga menyangka ada SAKA lalu memanggil perawat dari pusat rawatan terkenal. Perawat tersebut telah mengarahkan keluarga berkenaan supaya mencari pembantu untuk membantu memegang pesakit2 berkenaan yang ada lelaki dan anak gadis. Oleh itu, tuan rumah telah memanggil jiran menolong, maka hadirlah tiga orang membantu perawat berkenaan.

Apa yang dilakukan seperti apa yang tuk sampaikan di atas. Perawat tersebut adalah dari pusat rawatan yang amat terkenal di Malaysia! Perawat telah memasak air kelapa dgn ramuannya untuk diminum. Sebaik sahaja diminum, dengan tak semena-mena kononnya keluarga yang menyangka ada SAKA jadi lain macam. Perawat itu pun menyelitkan jarinya dan mengepit dengan tangannnya. Maka pesakit tersebut melolong2 sehingga jiran sekitar menjadi takut. Inilah tanda perawat mengguna khidmat hantu @ jin samada dia reti atau tidak dimasukkan dlm badan pesakit kononnya untuk hilangkan hantu dlm badan pesakit! Apa yang berlaku dari pukul 9.30 malam sehingga 1.30 pagi pesakit tidak dapat dipulihkan, melolong dan mengacau-ngacau walhal asalnya tak apa2. Semua dirakamkan kononnya untuk simpanan pusat rawatan depa.

Atas kehendak Allah, ditakdirkan salah seorang jiran yang turut membantu adalah anak buah tuk. Anak buah telah menghubungi tuk sekadar untuk pandangan. Sementara menanti pesakit sembuh,  tuk arahkan supaya menyediakan sebekas air kosong dan dicampurkan bahan yang tuk pernah hadiahkan padanya. Air itu diletakkan di atas meja di dapur setelah mendapat keizinan tuan rumah. Semua yang tuk suruh dibuat mengikut arahan.

Yang peliknya setelah berjam-jam tewas melakukan pemulihan, tetiba perawat berkenaan meminta anak buah tuk lakukanlah apa yang patut kerana jin tak nak keluar katanya. Maka anak buah tuk lakukan seperti diajar dan dengan izin dan rahmat Allah swt tak sampai 5 minit pesakit terus rebah dan tertidor!.. Kesian sungguh pesakit. Perawat yang dijemput jadi terkejut disaksikan oleh semua orang. Sayangnya ketika dirawat oleh anak buah tuk, tak mahu pula direkodkan. Perawat dibayar RM600, anak buah tuk dapat penat je la..he3… The End!

HATI-HATI APABILA MENGAMBIL KHIDMAT PERAWAT.. Wassallam.

Terima kasih.
Dp. Tuk Lutfi.

Sunday, 23 September 2012

Batu Apa Ini

Batu Air Kuning
Rajah 1. Ada yang mendakwa Delima Kuning.

Batu Air Merah
Rajah 2. Ada yang mendakwa Delima Air merah.

Diberitakan bahawa rupa-rupanya batu delima mempunyai banyak warna dan yang terbaik dan dicari-cari adalah delima yang boleh mengeluarkan warna. Waullahu`alam. Delima seperti ini dicari-cari oleh pakar atau ahli mistik untuk tujuan tertentu.



Pokok Kekabu Berupa Binatang

Rajah ini adalah gambar pokok kayu yang dijumpai di sebuah kampung di Terengganu. Sebahagian pokok ini berupa wajah kepala binatang samada seperti kambing atau kuda atau lembu. Pelik tetapi benar. Dikatakan lokasi ini amat keras dan banyak peristiwa aneh berlaku. Antaranya, dilokasi ini pada masa-masa tertentu akan kelihatan dua persimpangan jalan, jika pemandu tersilap pilih maka akan terjunam ke paya berdekatan. Ada pemandu motosikal yang  terlanggar kerbau berdekatan pokok ini. Tanduk kerbau menusuk tubuh pemandu sehingga ke pemboncing diberlakang. Mereka mati serta merta di tempat kejadian. Waullahua`alam.

Wednesday, 12 September 2012

Sekadar tatapan pelawat.

 Rajah 1: Duit Siling 10sen , 20 sen dan 50 sen 1972.



 Rajah 2: Keris Malela - Melayu Lama 7 keturunan.

 
Rajah 3: Lading Warisan Pahlawan Mat Kilau

Rajah 4: Gading Gajah Mina : 350g berusia puluhan tahun dari Patani.
 
 Rajah 5: Tembaga kegunaan Sultan.

 Rajah 6: Badik lama 13 Mei.

Rajah 7 : Antara puluhan koleksi duit kertas lama.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.