Keris Sepukal

Keris Sepukal

Monday, 26 November 2012

Petua Elak Gangguan

Assalamu`alaikum pelawat yang dimuliakan.

Di sini Tuk sekadar nak berkongsi cerita berkenaan dengan gangguan yang biasa kita ketahui dan dengar samada daripada pengalaman dalam merawat pesakit atau berita daripada sahabat karib dan lain-lain. Jadi Tuk ingin kongsikan beberapa tips untuk mengelakkan dari berlakunya gangguan tersebut. Antaranya adalah seperti berikut:-

1. Hendaklah kekalkan dalam keadaan berwudhuk. Sesungguhnya wudhuk itu adalah Nur.
2. Imarahkan premis dengan bacaan Al-Quran, iaitu istiqamah penghuni rumah hendaklah rajin-rajin membaca mana-mana ayat Quran yang lazim dibaca. Jika rajin, imarahlah premis dengan bacaan Surah Nuh, Al-Jin, Al-Muzammil dan Al-Mulk dan sebagainya pada setiap malam.
3. Pastikan sebelum tidur tidak ada pinggan mangkuk yang terbiar dan sila tutup tong sampah di dalam rumah. Amalkan berwudhuk sebelum masuk keperbaringan.
4. JANGAN sesekali menggantung gambar-gambar di dinding rumah. Malaikat rahmat tidak akan masuk. Ada sirrah menyatakan malaikai Jibrai langsung tidak mahu bertemu Nabi SAW sebab adanya gambar binatang yang sempurna menjadi tirai di rumah Nabi SAW ketika itu. Ianya haram dari hukum syarak lebih-lebih jika gambar yang digantung itu adalah gambar orang fasik. (Sila rujuk bab hukum pada 4 Mazhab yang muktabar iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali). Tak payah lah nak gantung gambar ijazah, gambar kawin, gambar guru2 dan lain2. Semuanya TIDAK memberi manafaat walaupun sedebu kebaikan. Turunkan gambar tersebut dan simpanlah dalam album jika nak sangat buat kenangan. Kalau gambar-gambar tersebut dijadikan alas kaki, alas tempat tidur dan lain2 seumpama itu, ianya tidaklah salah pada hukum syarak.
5. Jangan berlajar ilmu-ilmu hikmah dengan sebarangan guru. Wajib mendalami ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasauf terlebih dahulu sekurang-kurangnya melepasi Fardhu Ain dahulu. Jika jahil bab agama yang wajib, maka ilmu hikmah yang dipelajari semuanya bakal didampingi iblis, setan dan jin kafir. Ini akan menggangu keturunan seterusnya. Kena pilih guru, jgn pilih sebarangan.
6. Jangan beli batu-batu hikmat tanpa mengetahui asal usul atau hikmat batu berkenaan. Jangan beli batu kononnya untuk buat kerja cari rezeki dan sebagainya.
7. Jangan terlibat dengan hal-hal mistik jika tidak ada ilmu. Banyak orang menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit kerana terpengaruh dengan perkara mistik yang mereka tidak arif, akhirnya memudaratkan keluarga masing-masing sehingga jadi papa kedana dan mulalah menyalahkan pihak lain. Kesannya semuanya akan berselisih faham. Sedarlah sesungguhnya IBLIS hanya lakukan perkara yang kecil sahaja pada peringkat permulaan iaitu sekadar menanam minat, the rest semua kita yang lakukan sehingga punah kehidupan dan mula berkhianat sesama sendiri. Santau, sihir dan lain-lain adalah jalan terakhir untuk membalas dendam yang berasalnya dari kebodohan sendiri.

Ini sekadar nasihat ikhlas daripada Tuk. Silalah betulkan Tuk jika ada mana-mana yang menyimpang dalam penulisan ini, semoga dapat dimanafaatkan bersama. Insya`Allah.

To Be Continued...

Dato` Lutfi.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.