Keris Sepukal

Keris Sepukal

Sunday, 24 April 2011

Keris Bugis Berwafaq Huruf Arab

Keris berwafaq tulisan huruf  Arab berusia ratusan tahun.

Keris ini pernah dicuri tetapi pencuri hanya berjaya mencuri hulu gading gajah, dokok emas dan sarungnya sahaja. Keris ini ditinggal begitu sahaja oleh pencuri berkenaan dalam keadaan telanjang iaitu tanpa hulu, tanpa dodok dan tanpa sarung. Hulu, dokok dan sarung sekarang adalah diperbuat baru tetapi sudah mencapai puluhan tahun.

Keris ini juga boleh berdiri hanya menggunakan hulu, dalam keadaan biasa iaitu dengan mata keris ianya memang sudah biasa boleh berdiri. Jika tanpa menggunakan sarung, ianya  juga boleh berdiri tetapi tidak lama, hanya seketika sahaja. 

Sungguhpun begitu untuk mendirikan keris bukanlah satu perkara yang mudah. Pemilik keris mestilah mampu mengesan keseimbangan mata keris dan hulu keris itu. Jika buatan keris ini sangat baik, maka ianya sangat mudah didirikan. Keris yang boleh berdiri tanpa sarung maupun bersarung menunjukkan ianya adalah buatan yang sangat bermutu dan mempunyai khasiat @ kelebihan yang tertentu. Biasanya hulu keris akan digerak-gerakkan (dipusingkan) supaya betul-betul sesuai dengan cara dipegang oleh pemilik keris. Setelah mendapat kesesuaian memegangnya, iaitu rasa selesa jika (seolah-olah) hendak digunakan untuk bertempur (berlawan), barulah mudah mengesan keseimbangan graviti keris ini secara tepat hasil dari aura @ gelombang yang mengelilingi keris itu. Keris di atas ini tidak menggunakan sebarang makhluk sokongan (khadam) untuk membolehkan ia berdiri sedemikian rupa, ianya hanyalah secara perintah sahaja dan disulami dengan bacaan mana-mana ayat2 Al-Quran yang terasa dihati. Biasanya, bila keris mengenali tuan, ia patuh menurut arahan, bukan pula hanya setakat berdiri, malah boleh meluncur terbang mengejar sasaran untuk mengorbankan musuh di mana kesannya lebih hebat (merbahaya) dari senjata api. Sekiranya bercadang untuk tujuan tatapan umum untuk membuktikan akan kelebihan keris ini, biasanya ianya tidak berjaya (tidak diizinkanNya) melainkan  pemilik keris itu menggunakan Khadam (penjaga ) keris, yang hakikatnya haram dari sudut syarak (Istidrash). Amalan menggunakan khadam keris atau senjata adalah perkara biasa bagi guru-guru silat atau  pesilat-pesilat di tanah air ini (Malaysia)  samada diketahui atau mereka sendiri jahil tentang perkara itu. Oleh itu, berhati-hatilah ketika membeli keris kerana dikhuatiri anda terbeli dengan khadam atau hantu raya khadam keris mereka itu. Jika terjadinya demikian biasanya bakal melahirkan anak-anak saka hasil persetubuhan khadam itu dengan isteri-isteri anda tanpa disedari. Akhirnya anda yang menjadi Khadam, dan khadam anda pula menjadi Tuan. Berhati-hatilah.

Keris ini sedia dimaharkan iaitu hanya RM11111.00

Sunday, 10 April 2011

Keris Bugis Berbisa Hulu Bertam


Keris Bugis Berbisa Ulu Bertam.
Keris ini agak istimewa, ada pihak Muzium sudah bersetuju membeli dengan harga RM10,000 tetapi pemilik asal tidak bersedia untuk menjualnya. Semasa keris ini saya perolehi, mata kerisnya hitam pekat dan berkarat sehingga tidak nampak langsung pamornya. Ulu keris ini  diperbuat dari gigi ikan iaitu ikan Bertam, ikan yang sangat besar iaitu kalau nak ditarik ke darat kena gunakan tali sebesar lengan.  Keris ini pernah digunakan sewaktu 13 Mei satu masa dahulu. Semenjak peninggalan keris ini dari pemilik asal, sudah puluhan tahun tidak ada sesiapa pun mampu mencabut dari sarungnya. Keris ini nampak biasa sahaja tetapi hakikatnya bukanlah sebarangan, pelbagai musibah menimpa pada penyimpan sebelum ini sehingga ada yang telah membawa maut. Tidak dimaharkan.

Keris ini pernah diselitkan di pinggang oleh pemilik sebelum ini ketika menunggang motosikal. Kebetulan ada sekatan jalanraya di sekitar Kuala Terengganu lalu diperiksa oleh pihak polis dan kebetulan ternampak keris ini. Pihak polis ingin merampas keris ini, tanpa diduga keris ini beralih sendiri ke belakang badan. Pihak polis cuba merampasnya sekali lagi, sekali lagi keris ini beralih ke bahagian kaki. Akhirnya pihak polis melepaskan sahaja kerana diberi amaran kalau berani merampas sekali lagi, maka mata keris ini pula akan beralih tepat ke perut polis berkenaan. Hakikatnya ... peluru pistol hanya bergerak lurus tetapi mata keris mampu mengejar sasaran sehingga maut!. Hal ini telah terbukti kebenarannya. Oleh itu, simpanlah sekurang-kurangnya sebilah keris sebagai pembangkit semangat, senjata, pengawal peribadi secara jarak jauh yang pada bila-bila masa sedia berkhidmat dan sebagainya. Dapatkanlah sebilah keris daripada orang (guru) yang ahli (mahir) dalam babnya.

Saturday, 9 April 2011

Kain Cindai Asli


Kain Cindai Asli. 

Rahsia kelebihan kain cindai telah dijelaskan oleh beberapa pemilik asal dalam beberapa versi. Kain cindai seperti kedua-dua rajah di atas dianggar berusia lebih dari 100 tahun. Kain cindai memanglah unik dan mempunyai kelebihannya tersendiri.Di antara tanda keaslian kain cindai asli adalah seperti berikut:
  
          Benangnya akan meresap ke dalam tubuh apabila dilenyek-lenyekkan pada kulit. Tenunan dari kain lain tidak akan boleh masuk ke dalam tubuh dengan apa cara sekali pun. 

           Tidak mudah terbakar. Sesetengah pihak mendakwa ianya tidak terbakar. Ianya tidak munasabah kerana ujian yang dibuat hanyalah dengan menyalakan api pada kain itu dengan waktu yang singkat sahaja. Besi yang bermutu tinggi pun akan cair jika dibakar, tetapi apa yang sahihnya adalah kain ini tidak mudah terbakar. Jika diletakkan serpihan kain cindai asli ini pada api, ia akan terbentuk api lain disekitar kain serpihan itu dan akan tetap untuk sekian lama sehinggalah diusik atau diangkat serpihan itu. Kain itu akan terbakar juga dan debunya boleh dimasukkan ke dalam tubuh. Tubuh yang dibaluti kain cindai tidak akan panas dicuaca terik dan tidak mudah terbakar jika digunakan dalam kebakaran untuk membantu mangsa. Diuji dari kain cindai asli yang berwarna maroon.

     Kain cindai juga boleh memperbaiki luka, iaitu bertindak sebagai penyambung (penyembuhan) semula kulit jika terkoyak. Ini memang telah terbukti dengan berkesan. Kisah terkini, seorang pelajar di Marang Terangganu telah terjatuh basikal  lalu rantai basikalnya menjerut tiga anak jarinya. Kebetulan sibapa mempunyai kain cindai, tanpa melengahkan masa beliau mengambil serpihan kain cindai ini terus membalut jari anaknya. Dalam masa hanya beberapa hari luka anaknya sembuh dan TIDAK meninggalkan sebarang kesan. Dibalut dengan kain cindai rajah paling atas.

      Kain cindai juga dipercayai sebagai pelaris dan juga pemanis pada pemiliknya. Waullahu`alam. Kebanyakan ahli-ahli perniagaan akan membeli kain ini sekurang-kurangnya sebesar  1”x2” untuk dijadikan sebagai medium pelaris sebagai usaha ikhtiar beserta doa-doa tertentu yang diambil dari guru-guru yang mempunyai salasilah (Rabitah dan wasilah) sehingga Rasululah SAW. Hasilnya didapati ampuh dan mujarab.

     Kain Cindai ini juga biasa digunakan oleh pasangan kekasih atau isteri dan suami untuk menjinakkan @ memesrakan  pasangan mereka (supaya patuh, taat dan saling menyintai) iaitu dengan dicampurkan dengan wangian kasturi putih dan lain-lain untuk dipakai. Waullahu`alam.

      Sedia dimaharkan Kain Cindai Maroon :
      (1) 1” x 2” = RM150 termasuk pos register.
      (2) 2” x 4” = RM300 termasuk pos register.
      (3) 4” x 8” = RM550 termasuk pos register.
      (4) Sepasang Cindai jantan & betina seperti rajah atas sekali : RM1500 sahaja

Stok adalah sangat-sangat terhad. Uuntuk maklumat lanjut sila hubungi:

koleksilutfi@gmail.com

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.