Assalamu`alaikum sahabat yang dimuliakan.
Hari ini Tuk nak cerita sedikit tentang rawatan tradissional atau
rawatan Islam. Pernahkan anda menyaksikan bagaimana perawat merawat pesakitnya.
Tuk hanya nak kongsi info bentuk rawatan yang dilakukan sangat menyakitkan.
Cuba lihat rajah berikut:-
Inilah
contoh gambar bentuk rawatan yang dilakukan oleh ribuan perawat. Kononnya
hendak halau hantu dalam badan sebab jika lakukan begitu pesakit akan
menjerit-jerit! Tuk ingin menasihatkan pada sahabat semua jika ada perawat yang
cuba lakukan perkara seperti ini, hendaklah tuan-tuan lakukan pada jarinya
dulu, tengoklah dulu .. sudah tentu depa melaung-laung kesakitan! Kemudian dari
itu perawat itu merakamkan gambar pesakit-pesakit terutama pesakit perempuan yang
sedang menjerit-jerit seolah-olah hebat pusat rawatannya! Seolah2 hebat guru
itu dan sebagainya. Apa yang selalu terjadi,
demi untuk menahan kesakitan disepit jari sedemikian rupa didapati pesakit perempuan
meronta kesakitan sehingga terbuka auratnya!.
Ada juga
perawat yang menggunakan lada hitam diletakkan di jari kaki atau tangan
kononnya hendak hilangkan hantu! Walhal perawat itu yang berhantu. Hakikatnya kalau Big Show, Hulk Hogan atau mana-mana wrestler
diperlakukan perkara yang sama akan menjerit kesakitan. Oleh itu! Pesanan tuk jika ada perawat hendak lakukan
sedemikian, lakukan pada jarinya dulu. Rakamlah gambar depa sedang menjerit dan
beritahu bahawa perawat itu berhantu!..hu3.
Tuk juga
hendak berpesan supaya JANGAN sesekali meminum air yang dibawa oleh perawat
walau dari pusat rawatan terkenal sekalipun. Tuan-tuan hendaklah beli air
mineral sendiri atau air zam-zam. Tak apalah dijampi oleh perawat.
Tujuan tuk
bangkitkan isu ini adalah kerana ada kes terbaru baru-baru ini dalam sebuah
keluarga menyangka ada SAKA lalu memanggil perawat dari pusat rawatan terkenal.
Perawat tersebut telah mengarahkan keluarga berkenaan supaya mencari pembantu
untuk membantu memegang pesakit2 berkenaan yang ada lelaki dan anak gadis. Oleh
itu, tuan rumah telah memanggil jiran menolong, maka hadirlah tiga orang
membantu perawat berkenaan.
Apa yang
dilakukan seperti apa yang tuk sampaikan di atas. Perawat tersebut adalah dari
pusat rawatan yang amat terkenal di Malaysia! Perawat telah memasak air kelapa
dgn ramuannya untuk diminum. Sebaik sahaja diminum, dengan tak semena-mena
kononnya keluarga yang menyangka ada SAKA jadi lain macam. Perawat itu pun
menyelitkan jarinya dan mengepit dengan tangannnya. Maka pesakit tersebut
melolong2 sehingga jiran sekitar menjadi takut. Inilah tanda perawat mengguna
khidmat hantu @ jin samada dia reti atau tidak dimasukkan dlm badan pesakit
kononnya untuk hilangkan hantu dlm badan pesakit! Apa yang berlaku dari pukul
9.30 malam sehingga 1.30 pagi pesakit tidak dapat dipulihkan, melolong dan
mengacau-ngacau walhal asalnya tak apa2. Semua dirakamkan kononnya untuk
simpanan pusat rawatan depa.
Atas
kehendak Allah, ditakdirkan salah seorang jiran yang turut membantu adalah anak
buah tuk. Anak buah telah menghubungi tuk sekadar untuk pandangan. Sementara
menanti pesakit sembuh, tuk arahkan
supaya menyediakan sebekas air kosong dan dicampurkan bahan yang tuk pernah
hadiahkan padanya. Air itu diletakkan di atas meja di dapur setelah mendapat keizinan
tuan rumah. Semua yang tuk suruh dibuat mengikut arahan.
Yang
peliknya setelah berjam-jam tewas melakukan pemulihan, tetiba perawat berkenaan
meminta anak buah tuk lakukanlah apa yang patut kerana jin tak nak keluar
katanya. Maka anak buah tuk lakukan seperti diajar dan dengan izin dan rahmat
Allah swt tak sampai 5 minit pesakit terus rebah dan tertidor!.. Kesian sungguh
pesakit. Perawat yang dijemput jadi terkejut disaksikan oleh semua orang.
Sayangnya ketika dirawat oleh anak buah tuk, tak mahu pula direkodkan. Perawat
dibayar RM600, anak buah tuk dapat penat je la..he3… The End!
HATI-HATI
APABILA MENGAMBIL KHIDMAT PERAWAT.. Wassallam.
Terima
kasih.
Dp. Tuk
Lutfi.
