Keris Sepukal

Keris Sepukal

Sunday, 23 September 2012

Pokok Kekabu Berupa Binatang

Rajah ini adalah gambar pokok kayu yang dijumpai di sebuah kampung di Terengganu. Sebahagian pokok ini berupa wajah kepala binatang samada seperti kambing atau kuda atau lembu. Pelik tetapi benar. Dikatakan lokasi ini amat keras dan banyak peristiwa aneh berlaku. Antaranya, dilokasi ini pada masa-masa tertentu akan kelihatan dua persimpangan jalan, jika pemandu tersilap pilih maka akan terjunam ke paya berdekatan. Ada pemandu motosikal yang  terlanggar kerbau berdekatan pokok ini. Tanduk kerbau menusuk tubuh pemandu sehingga ke pemboncing diberlakang. Mereka mati serta merta di tempat kejadian. Waullahua`alam.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.