Keris Sepukal

Keris Sepukal

Friday, 13 May 2011

Kendi Tembaga Purba


 





Kendi ini mempunyai ukiran ayat Al-quran disekelilingnya . Kendi ini adalah kegunaan para pihak Istana untuk menyiram kubur dengan mengisi air mawar. Asal buatan ini kendi dari mana tidak diketahui tetapi ianya digunakan oleh Sultan Zainal Abidin II, menurut sejarah. Berukurlilit 2' dan ketinggian 7" dari dasar ke hujung tudung iaitu tidak termasuk  ketinggian tangkai pemegang. Usia kendi ini adalah ratusan tahun.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.