Keris Sepukal

Keris Sepukal

Wednesday, 4 May 2011

Keris Bugis


Keris bugis berlubang
 
Ini merupakan Keris Majapahit yang berusia ratusan tahun. Diperolehi daripada pewaris dan juga penyimpan barang-barang purba dari Utara Thailand. Terdapat kesan berlubang di tengah-tengah keris ini. Keris ini digunakan sebagai pembangkit semangat diri bagi pemiliknya. Keris ini belum lagi  digunakan untuk pertempuran tetapi digunakan sebagai perhiasan pada raja-raja zaman dahulu.Kesan rekahan berbentuk lubang di tengah-tengah keris ini tidak muat untuk memasukkan duit RM50. Menurut sesetangah pihak, jika keris berlubang dan boleh diselitkan duit bernilai RM50, ianya boleh digunakan sebagai ibu duit. Waullahu`alam. Sedia di maharkan.
  
Lembing lama. 

Lembing ini boleh didirikan dengan sedikit arahan suatu ketika dahulu. Pemilik asal lembing ini biasa menggunakan lembing ini untuk membunuh binatang buas seperti babi, ular, harimau dan beberapa binatang buas yang lain. Usia lembing ini hampir 100 tahun.









Gambar di bawah ini pula adalah beberapa bilah lembing lagi, pedang samurai, kayu tas, dacing lama dan elek (alif) tembaga semunya berusia lebih dari 50 tahun.














Keris saden @ Tok Wali dan Belati

Dari kiri : Keris Sadin @ Tok Wali dan Pisau Belati.

Keris Saden atau Keris Tok Wali ini diperolehi dari keturunan Patani. Ini adalah keris dari Jawa dan ada yang mendakwa ianya merupakan keris picit. Keris Saden @ Tok wali ini pernah memakan darah iaitu pernah digunakan dalam pertempuran.
Usia keris ini ratusan tahun. Ianya di bawa dari Patani bersama dengan parang @ pedang patani. Keris ini diperolehi dari pewarisnya yang berasal dari Patani. Pada masa dulu  keris ini merupakan punca gangguan dalam keluargha berkenaan.
Pisau Belati ini  pula hanya digunakan untuk penyembelihan ayam. Besinya sanga kuat dan amat tajam dan ulunya diperbuat dari gading gajah. Umurnya sekitar 50 tahun.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.