Keris Sepukal

Keris Sepukal

Friday, 13 May 2011

Tempayan Purba berukiran penuh.









Ukurlilit tempayan ini adalah 6”, ketinggiannya 1”10” ,  berasal dari Iran dan dihadiahkan  pada Sultan serta digunakan pihak istana Terengganu satu ketika dahulu. Berusia mengjangkau 600 tahun. Tempayan tembaga ini dipenuhi dengan ukiran tulisan arab yang sukar difahami. Ada yang mendakwa ianya adalah dari bahasa urdu dan sebagainya. Mempunyai dua telinga sebagai pemegang. Tempayan ini didakwa untuk kegunaan sultan @ raja dengan mengisi air-air dari bukit dan campuran herba untuk mandian dan sebagainya sebagai pembangkit aura untuk meningkatkan kesihatan.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.