Keris Sepukal

Keris Sepukal

Sunday, 20 October 2013

Penutupan Sementara Pemaharan

Assalamu`alaikum W.B.T

Kepada:

YB Dato/ Datuk Seri/ Tan Sri/ Tuan-tuan yang dimuliakan.

PEMAHARAN BARANG ANTIK MISTIK BERPROFIL TINGGI

Oleh kerana masih terdapat pihak-pihak tertentu yang masih berminat dengan pemaharan barang-barang mistik berprofil  tinggi ini daripada pemiik dan pemegang amanah koleksi kami, maka ditetapkan supaya semua urusan pemaharan TIDAK dibenarkan sama sekali melibatkan dengan wang UNDANGAN atau  penggunaan ‘TESTER’.

Untuk pengetahuan YB Dato/ Datuk Sri/ Tan Sri/ Tuan-tuan semua, adalah pihak kami sama sekali TIDAK pernah mengundang sesiapa pun untuk mencuba atau memaharkan barang-barang ini KECUALI kepada mereka yang benar-benar layak dari segi kewangan setelah dibuktikan serta mampu menanggung untuk  memiliki barang ini setelah diuji oleh kami sendiri.

Terdapat kes terbaru berlaku iaitu pada 18hb Oktober 2013 di Tok Jembal Kuala Terengganu, pihak pembeli mengarahkan utusan kami membayar sebanyak RM5000 sebagai wang undangan untuk mengundang mereka melihat barang-barang kami. Ini merupakan satu penipuan yang jelas daripada broker atau pembeli yang cuba mempermainkan wakil utusan kami.  Jika peringkat awal ada yang melibatkan wang UNDANGAN dan TESTER, maka dengan sendirinya urusan itu terbatal. Berdasarkan kepada pengalaman, ini adalah petanda penipuan akan beraku, maka YB Dato/ Datuk Seri/Tan Sri/ Tuan-tuan yang teribat dalam urusan ini atau selaku utusan kami disarankan membuat laporan Polis di balai Polis yang berdekatan.

Oleh kerana jadual kami terlalu padat sehingga Febuari 2014 ini, maka dengan ini pihak kami arahkan semua wakil dan utusan yang dilantik membatalkan segala urusan pemaharan ini. Kami akan istiharkan kemudian nanti pada satu tarikh dan masa yang sesuai untuk membuka semula peluang pemaharan ini.

Sekian terima kasih. Wasallam.

Yang benar,

Dato` Md Lutfi Bin Yusof
Pemilik & Pemegang Amanah
Barang Antik Mistik Berprofil Tinggi
D`Nusantara.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.