Keris Sepukal

Keris Sepukal

Wednesday, 6 July 2011

Kayu Kebal - Asli

Assalamu`alaikum sahabat semua yang dihormati dan dikasihi. Saya memiliki koleksi terhad spesis Kayu kebal seperti gambar tertera dan ianya sangat sukar diperolehi. Kepada yang  sudi boleh dimaharkan dalam bentuk batu cincin empat segi. Kayu ini boleh diikat sebagai  cincin atau loket dan lain-lain.

Antara khasiat utama kayu ini adalah:
1. Anti Tetak - Jika ditetak tidak akan berkesan dan jika ditumbuk tidak memberi   bekas walaupun mungkin merasa sakit atau berbekas seketika. Tetapi jika dihiris dengan senjata tajam, tubuh akan luka juga.
2. Penawar Santau - hanya dengan merendam dalam air lalu minum dan lain-lain.
3. Penawar luka @ kudis yang lama - dikikis sedikit kayu ini lalu dicampur dengan minyak kelapa buatan sendiri (santan kelapa dimasak sehingga menjadi minyak) Sapukan di tempat luka atau kudis.

Ciri-ciri umum kayu kebal ini:-


a. Kayu ini sangat ringan , tidak tenggelam. Pokok ini tidak punyai teras.
b. Apabila dibakar, api tidak mudah dipadam walau kita cuba memadamkannya.
c. Ketika dibakar mengeluarkan asap putih dan tidak berbau.
d. Ianya terbakar seperti colok cina, iaitu akan terbakar terus sampai habis.
e. Kayu yang terbakar menjadi abu yang sangat halus. Apabila dilenyekkan pada tubuh akan masuk ke dalam tubuh. Abu ini diikatakan bagus untuk kekuatan anggota dan menjadikan anggota lebih padu. Sila lihat rajah berikut:-
Rajah di atas menunjukkan abu halus dihasilkan apabila kayu ini dibakar. 

Kayu kebal ini mempunyai khasiat khusus seperti dinyatakan di atas dan ianya menjadi pakaian @ kegunaan pahlawan tersohor Mat Kilau . Semasa hayatnya Pahlawan Mat Kilau akan bermandi embun hanya di pokok kayu kebal ini. Di Malaysia, dikatakan hanya ada 3 pokok dan hanya diketahui oleh mereka yang benar arif atau diberitahu sendiri oleh orang yang mengetahuinya dengan tepat. Beberapa pengujian telah dilakukan dan sehingga kini masih kekal dengan sifat asli alaminya iaitu kebal tetak tanpa sebarang wafaq dan sebagainya. Sebab itu kita lihat orang asli tidak memakai kasut tetapi mampu berjalan atas duri dan lain-lain tanpa sebarang kemudaratan. Inilah di antara rahsianya untuk dikongsikan bersama.

Rajah di atas menunjukkan Mat Kilau sedang bermandi embun di sebatang pokok. Hanya murid atau sahabat yang rapat sahaja mengetahui jenis pokok ini. Pokok ini sudah menjadi tersangat besar pada masa  sekarang dan hanya dikenali segelintir orang sahaja . Mat Kilau juga tidak berkasut untuk masuk ke hutan. Sungguhpun tubuhnya kurus tetapi ianya kejap dan padu.

PENGUMUMAN PENTING: 
Kayu ini tidak bersifat KEBAL UMUM. Jika sesiapa yang benar-benar berminat untuk memaharkan barang yang kebal umum, saya sediakan maharkannya dengan harga RM5juta hingga RM10juta  sahaja  bergantung kepada keindahan-keindahan tambahan. Barang tersebut adalah berupa:-
a. Besi Kuning - kebal umum.
b. Besi leleh - kebal umum
c. Delima Merah - umum
d. Geliga lipan pandang tembus.
Kebal umum maksudnya adalah jika dihiris-hiris rambut dengan pisau tajam seperti pencukur, rambut itu tidak akan putus, rambut menjadi seumpama dawai yang keras.

Kayu ini sesuai untuk:
a. Pesilat tanah air.
b. Kaum wanita untuk pertahanan diri dari serangan
c. Olahraga2, polis, anggota rela, dan sesiapa sahaja sebagai ikhtiar untuk mengelakkan musibah serangan berlaku.
d. Kayu kebal ini boleh juga dibuat  biji tasbih atau loket untuk kanak-kanak perempuan atau diikat pada pinggang kanak-kanak lelaki. Ini kerana memakai kalung dan gelang bagi lelaki adalah haram.
Untuk berkongsi milik, saya tawarkan untuk dimaharkan kayu kebal ini dalam bentuk empat segi berbeza saiz dengan kadar berikut:

a. (saiz 2.0cm x 1.5cm x 1.0cm)  = RM200 , cukup untuk dijadikan sebentuk cincin besar lelaki.
b. (saiz 2.0cm x 1.5cm x 1.0cm) x 1/2 = RM 100.
c. (saiz 2.0cm x 1.5cm x 1.0cm) x 1/4 = RM50.
Dari segi saiz mungkin akan kecil sedikit atau lebih besar kerana ianya sukar untuk dipotong,  tetapi khasiatnya bukan bergantung pada saiz kayu, yang penting kayu itu menyentuh kulit.

Tawaran di atas adalah termasuk kos pos bagi Semenanjung Malaysia, untuk Sabah dan Sarawak sila tambah RM10.

Harga yang ditawarkan ini memanglah tidak masuk akal ( terlalu murah,  kerana dipasaran ada pihak menawarkan pada harga RM25000 untuk sebentuk cincin yang siap diikat dengan kayu kebal ini, ada juga yang menjual pada harga RM100 000 sekilogram ) , tetapi tidak salah ditawarkan pada harga serendah di atas  supaya lebih ramai orang boleh memilikinya dan mendapat manafaat darinya.

Khasiat kayu:-

Adakah pemilik perlu menjampi atau memasukkan doa untuk mendapatkan khasiatnya?
Jika dibacakan doa atau Ayat Quran pada kayu tersebut adalah lebih afdhal.

Sifat kayu kebal ini sama juga seperti gula, samada orang itu Islam beriman, Islam munafik, Kafir laknat dan Iblis sekalipun jika memasukkan gula dalam air, maka dengan sifat gula yang asli alaminya maka air akan menjadi manis, tidak akan masam sama sekali. Begitu juga sifat kayu ini, tidak kira sesiapa memakainya akan merasakan khasiatnya. Jika ditambahkan doa-doa seperti Ayat 4, Ayat 5, Ayat 7, dan beberapa surah, Insya`Allah khasiatnya bertambah dan lebih hebat lagi. Cara guna adalah dengan menyentuh pada mana-mana kulit pada anggota badan.

Uji keserasian kayu ini:-

Anda arahkan sahabat anda mengangkat tangan sebelah selaras dengan ketinggian bahu. Suruh sahabat anda tahan sekuat hatinya apabila anda cuba menurunkan tangannya dengan tangan anda. Anda akan dapati sekuat manapun orang itu, maka tangannya tak mampu menahan beban tangan anda.

Kemudian anda suruh sahabat anda mengenggam kayu kebal ini. Lakukan semula seperti di atas. Anda akan dapati, anda pula tidak mampu menurunkan tangan sahabat anda itu. Ini menunjukkan aura kekuatan dan khasiat kayu telah meliputi tubuh sipemakai. Secara logiknya, kalau anda menetak menggunakan parang panjang seperti pedang samurai dan lain-lain, mungkin tidak lut tetapi tentu sekali akan sakit. Tetapi jika digunakan untuk mempertahankan diri dari tumbukan dan sepak terajang, iannya sangat memuaskan, anda tidak perlu melawan pun tak apa, buat penat sahaja orang yang menyerang anda itu menghabiskan tenaga. Sebab itulah Mat Kilau jarang menyerang, tetapi sekali dia menyerang dia mampu menghapuskan musuh yang ramai seorang diri sahaja.

Kayu ini juga sesuai untuk dijadikan ulu keris , ulu badik, ulu parang dan sebagainya. Kayu ini biasanya dimasukkan dalam ulu senjata atau dibuat ulu keseluruhannya. Sebab itulah ada cerita kita dengar bahawa jikalau orang nak bunuh kita, mereka kena guna keris kita, sebab kita kebal.

Perhatian:-
Pihak kami tidak mempunyai wakil jualan, bermakna ianya adalah dari satu sumber sahaja. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil sila hubungi kami dan nama-nama wakil akan dipaparkan dalam laman web ini. Pengistiharan dan pengumuman wakil ini semua adalah untuk mengelakkan daripada sebarang penipuan berlaku. kami tidak bertanggungjawab jika dimaharkan melalui wakil selain dari yang tercatit di sini.

Tempahan:

Anda boleh membuat tempahan dengan membuat pembayaran seperti berikut:

Nama akaun : PUSTAKA GLOBAL
No. Akaun   : 5645 5712 5471
Bank            : Maybank - Cawangan K.Lumpur.

Sila masukkan emel berikut  sebagai emel rujukan  jika anda menggunakan Maybank2u iaitu : pustakaglobal.payment@gmail.com . Selepas membuat pembayaran sila emelkan maklumat berikut:-

Nama :
Alamat POS : - Alamat yang TEPAT berserta POSKOD -
No Talipon :
Butir  Pesanan : nyatakan saiz dan bilangan
Jumlah RM : [Bayaran tidak akan dikembalikan jika barang ini tidak serasi dengan pemilik baru.]

kepada: pustakaglobal.payment@gmail.com

Atau hubungi atau smskan kepada : 013-4261042 Zainuddin. Sebarang pertanyaan silalah emel ke koleksilutfi@gmail.com .

Stok adalah terhad.

Terima kasih atas sokongan anda.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.