Keris Sepukal

Keris Sepukal

Friday, 9 September 2011

Kayu Kebal Tetak

Kayu Kebal
Ini adalah kayu kebal tetak yang selalu digunakan oleh sesetengah pahlawan dahulu untuk membuat ulu keris dan juga dibuat sebagai cincin. Untuk lihat ujian kayu kebal bolehlah pergi ke link berikut:-
UJIAN KAYU KEBAL
Kayu ini sedia dimaharkan bagi sesiapa yang berminat. Disebelah kayu itu adalah bungkusan kuning yang berisi Besi Kuning bersifat kebal umum. Kesemua barang ini sedia dimaharkan kecuali cincin trademark saya itu yang di sebelah kiri kayu tersebut.


 Rajah sebelah adalah Besi Kuning kebal umum.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.