Pernahkan anda mendengar orang menarik harta Qarun. Saya percaya, anda mungkin pernah mendengar tetapi tidak pernah melihat dengan sendirinya barang-barang itu. Mungkin anda juga pernah melihat, tetapi hanya melihat dengan telinga!.. semua dalam bentuk khabar angin daripada rakan-rakan yang menambah-nambahkan pula cerita. Cerita pasal tarik harta qarun ini begitu popular sekali dan begitu ramai yang telah dan masih terlibat. Apa yang mereka jumpa atau berurusan hanya melalui guru2 proses yang menipu sahaja, awal-awal lagi duit depa sudah ditarik. Kena bayar fidyah seperti RM666, RM999, RM1099.26 sen dan lain-lain. Kebanyakan guru-guru ini tidak berkebolehan pun, satu barang hikmat pun tak ada, semuanya harapkan barang orang. Akhirnya guru tarik asyik bertukar kereta, tambah cawangan dan lain-lain, manakala kuncu-kuncunya ada yang sudah kena kejar "Along", susu anak pun tidak terbeli dan sebagainya. Ada yang degil dan begitu taksub dengan guru sehingga mengagong-agongkan guru tetapi satu sen haram pun tidak pernah terima. Oleh itu, tuan-tuan yang saya kasihi, jika nak berurusan dengan guru tarik, buat la kajian mendalam... dapatkan nasihat hanya melalui orang arif. Tolonglah... jangan membazir waktu dari kerja-kerja sia-sia bila berurusan dgn orang yang tidak betul. Gelang emas di atas sudah diuji dan dicurah asid. Jika bukan emas sudah pasti ianya lebam. Gelang -gelang dan beberapa barang lain ini diinfakkan pada fakir miskin di Melaka.
Baris kedua: Geliga tembus pandang & kebal umum (berkhadam), dua botol mani gajah asli, cincin zamrud air kualiti tinggi, raksa , delima merah dan geliga lipan (tembus pandang).
Ini adalah koleksi teras. Antaranya adalah kayu kebal tetak, kayu kemuning hitam, teras delima, teras gemunggal, nibong tunggal dan terselit batu tiger ice.
Guru Tarik harta Qarun:-
Ini ada kisah melucukan dan juga menyedihkan berkenaan kisah tarik harta qarun. Tidak dinafikan, ada pihak yang telah berjaya menarik harta qarun tetapi jumlahnya hanya sedikit sahaja. Ada beberapa kes, seorang guru tarik mengenakan caj RM1500 seorang untuk melakukan proses, tak kira di mana sahaja dia sanggup pergi dan dalam jemaah itu sekurang-kurangnya mesti sepuloh orang. Atas keghairan, maka memang ramai yang bersetuju. Ketika proses. hendaklah dilakukan dengan menutup mata, jika tidak nanti jemaah akan takut melihat jin hantar duit. Maka dalam suasana sunyi sepi, mereka mula berwirid dan jampi serapah. Stangi pun dibakar dan lain-lain. Setelah sejam lebih, mereka lihat bertimbun duit di depan mata. Sesekali buat mesti dapat dalam RM8000 hingga RM10000, maka dibahagilah sama rata antara mereka, Guru tarik kononnya tidak boleh ambil duit ini kerana syarat khadam... hahahah.. x guna punya guru!.. Kalau dapat RM8000 masa tarik duit, maka baki RM7000 mana pergi...he3.. memang kena pau !.. Hal ini berlarutan sehinggalah beberapa tahun , waullahu`alam. Ahli jemaah tak marah kerana, labur 1500, dapat balik 800, kira oklah sebab mencuba nasib. Kisah ini dicerita oleh seorang ahli jemaah yang mengesyakinya akan muslihat ini sehingga dibuat siasatan begini:-Jemaah berkenaan telah menandakan semua nombor-nombor siri duit yang akan diserahkan. Mereka menggunakan duit lama supaya tidak diysaki. Guru diajak secara spontan untuk proses tarik duit supaya guru tersebut tidak sempat menggunakan duit sendiri yang dipaunya dulu-dulu. Maka!.. ternyata, mereka dapat semula duit mereka itu.. hahaha.. Dengar-dengar guru hebat ini telah dijemput oleh Allah swt.. harap-harap jemaah berkenaan menghalalkan segala-galanya atas sebab kebodohan sendiri juga... Al-Fatihah.
Dari atas: adalah Tanduk Kerbau.
Barisan pertama: Cincin Trademark, teras munggal, geliga labi-labi, koka iran, geliga senuduk putih, akek bunian (berkhadam), cincin diikat batu besi leleh (kebal umum berkhadam).Baris kedua: Geliga tembus pandang & kebal umum (berkhadam), dua botol mani gajah asli, cincin zamrud air kualiti tinggi, raksa , delima merah dan geliga lipan (tembus pandang).
Ini adalah koleksi teras. Antaranya adalah kayu kebal tetak, kayu kemuning hitam, teras delima, teras gemunggal, nibong tunggal dan terselit batu tiger ice.


