Keris Sepukal

Keris Sepukal

Friday, 9 September 2011

Keris Purba Hulubalang

Keris Hulubalang
Keris paling atas adalah keris timbul, keris paling bawah adalah Keris Tok Wali @ Keris picit @ Keris Saden dan ditengah-tengah adalah keris tua @ purba hulubalang ratusan tahun. Kesemua keris ini berasal dari Tanah Jawa dan ianya berkhadam.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.