Keris Sepukal

Keris Sepukal

Friday, 9 September 2011

Keris Timbul

Keris Timbul

Ini adalah keris timbul. Keris ini telah dibakarkan terlebih dahulu untuk mempastikannya ianya adalah besi , iaitu bukan plastik. Ternyata ianya panas dan mengeluarkan haba, bermakna ianya adalah besi. Tetapi bukan semua berjaya menimbulkan besi ini kerana mungkin kena dipujuk ..hehehe.. Tidak dimaharkan, sekadar untuk tujuan tontonan sahaja. T.Kasih.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.