Assalamu`alaikum warahmatullahiwabaarakaatuh.
Ini adalah salah satu kitab karya susunan seorang Ulama Sufi iaitu Al-Syiekh Abdul Rauf bin Ali Fansuri. Beliau adalah murid kepada seorang ulamak sufi yang masyhur dan amat terkenal di seluruh dunia, lebih-lebih lagi di Nusantara ini iaitu Al-Syeikh Hamzah Al-Fansuri. Ketinggian ilmu Al-Syeikh Hamzah Al-Fansuri pula memang tidak boleh dipertikaikan sehingga ada ulamak lain yang cemburu terhadapnya lalu menuduh beliau sesat lalu dijatuhkan hukuman bunuh.
Walau bagaimanapun, kebenaran itu tetap terpancar pada hati orang-orang yang beriman, sebab itulah segala mutiarakata dan intipati ilmu beliau tetap tersebar dan masih menjadi bahasan dan pegangan umat Islam sehingga kini kerana apa yang disampaikan itu beserta Nur llahi (Cahaya Kebenaran). Di antara karya Al-Syeikh Hamzah Al-Fansuri adalah seperti berikut:
1). Syarb al- 'Asyiqin atau Zinatul Muwahhidin.
2). Asrar al-'Arifin fi Bayan 'Ilm as-Suluk wa at-Tauhid.
3). Al-Muntahi.
4). Ruba'i Hamzah Fansuri.
5). Kasyf Sirri Tajalli ash-Shibyan.
6). Kitab fi Bayani Ma'rifah.
7). Syair Si Burung Pingai.
8). Syair Si Burung Pungguk.
9). Syair Sidang Faqir.
10). Syair Dagang.
11). Syair Perahu.
12). Syair Ikan Tongkol.
Kitab Mawa‘izhi Libadi‘ati karya Al-Syiekh Abdul Rauf bin Ali Fansuri telah diterjemahkan oleh mereka yang ahli pada babnya dalam bahasa Melayu dan tulisan Rumi. Pihak kami sedang mendapatkan lagi kitab-kitab terjemahan dari beberapa kitab karangan Al-Syeikh Hamzah Al-Fansuri. Harapan kami semoga dengan terjemahan ini dapat membantu umat Islam mencungkil segala rahsia dan ilmu yang sangat berharga sebagai santapan rohani terutamanya ilmu atau bab yang membicarakan tentang hati. Insya`Allah.
| Kandungan Kitab:- | |
1.
|
Mukaddimah
|
2.
|
Isi Kandungan Mawa‘izhi Libadi‘ati
|
(Al -Syeikh Abdul Rauf Bin Ali Fansuri)
| |
3.
|
Sedutan Kitab Sirr Al-Asrar`
|
(Sultan Aulia` Syeikh Muhiyiddin Abdul Qadir Jailani)
| |
4.
|
Syair Perahu (Al -Syiekh Hamzah Al-Fansuri)
|
Spesifkasi Kitab Mawa‘izhi Libadi‘ati:-
| ||
Karya
|
:
|
Al-Syeikh Abdul Rauf Bin Ali Fansuri
|
Terbitan Pertama
|
:
|
1901M (1225H)
|
Cetakan Kedua
|
:
|
1999 - Edaran Terhad.
|
Cetakan Ketiga
|
:
|
2011
|
Ketebalan
|
:
|
40 mukasurat
|
Harga
|
:
|
RM10 sahaja iaitu termasuk berlanja POS di Semananjung Malaysia dan tambah RM5 bagi Sabah &Sarawak
|
Kitab ini sangat nipis sahaja, tetapi saya yakin amat sukar untuk mengamalkannya. Sungguhpun begitu memadailah dengan membacanya buat peringkat permulaan bagi mereka yang sedang tercari-cari untuk mendekatkan diri dalam jalan-jalan kerohanian, sekurang-kurangnya pembaca terdedah dengan hal-hal yang bersangkutpaut dengan hati yang selama ini tidak pernah didedahkan.
Memiliki @ membeli Karya Agong ini hanyalah satu pelaburan yang sangat kecil tetapi boleh memberikan pulangan yang amat besar, Insya`Allah. Untuk tempahan dan bayaran sila klik berikut: TEMPAHAN
Semoga dengan rahmat Allah swt, dengan menelaah kitab ini dapat memberi pengetahuan yang sangat berguna pada pembaca semua, SEMOGA kita semua kekal berada di dalam Iqtikad yang tepat, Syarat yang sohih dan Ubudiah yang sempurna. Amin, amin, amin Ya Rabbal`alamin.
Sirrul Asrar.
