Keris Sempena Riau
Keris ini adalah sezaman dengan keris Taming sari (Majapahit). Keunikan keris ini adalah boleh mengeluarkan emas berdekatan putingnya. Emas ini boleh dipotong dan boleh dimaharkan. Setelah dipotong, dalam beberapa bulan emas ini akan timbul lagi dan boleh dimaharkan lagi. Menurut sejarah pemilik asal adalah Bendahara Melaka. Ini adalah keris luk 11. Sedia dimaharkan : RM48K sahaja.
Kompas pelayaran.
Kompas ini telah digunakan setelah sekian lama dalam pelayaran seluruh dunia. Pada zaman sekarang, kompas ini ada dibuat secara tiruan (imitation) sekadar untuk mengekalkan keunikan dan teknologi kompas ini. Jenis tiruan ini banyak dikeluarkan di India. Sedia dimaharkan. RM2K sahaja. T.kasih.
Pedang GOKA zaman batu.
Pedang ini adalah pedang zaman batu dan dikenali dengan nama Pedang GOKA. Ia masih berbentuk asal tanpa sebarang perubahan. Sarung seumpama anyaman buluh pada ulu adalah masih yang asal. Pedang GOKA ini digunakan di Istana. Sedia dimaharkan: RM20K sahaja.
Pedang Samurai Tahun 1618.
Pedang samurai ini diperbuat pada tahun 1618, Pedang ini memenuhi spesifikasi untuk jualan antara bangsa, sayangnya pedang ini telah diasah oleh pewaris yang tidak tahu akan kelebihan pedang ini. Boleh digulung, ada 3 anak pedang, ada batu, ada bunjut, ada sarung kulit dll. Sedia dimahar bagi yang berminat sekadar yang mampu. Harga sebenar di pasaran antara bangsa melebihi RM6juta. Tetapi peminat boleh membuat tawaran dengan harga sekadar mampu. Jazakalah.
Burung Cenderawasih.
Burung Cenderawasih ini sedia dimaharkan. Ada seekor lagi yang dimaharkan tetapi hanya bagi setiap helaian bulunya. Sehelai bulu mampu mewangikan sebuah bilik dan mempunyai nilai mistik. Harga yang ditawarkan adalah RM10K bagi burung seperti dalam rajah dan RM500 bagi setiap bulu bagi burung Cenderawasih yang satu lagi. Kulit Kambing Gurun
Ini adalah kulit kambing guru yang telah dikeringkan. Kambing gurun adalah sangat sukar untuk diketemui dan banyak khasiatnya dari segi perubatan. Ada sesetengah pihak mengatakan kulit kambing ini ada nilai mistik. Kulit yang dipamerkan ini adalah satu badan kulit kambing gurun. Sedia dimaharkan.
Jazakallah.






