Rajah: Tongkat Komando Sukarno
Assalamu`alaikum. Ini adalah gambar tongkat komando Sukarno. Dari kajian beberapa pihak samada dari dalam dan luar negara Indonesia, tongkat ini terdiri dari beberapa jenis dan yang paling diyakini adalah Sukarno mempunya 3 jenis tongkat. Sukarno tidak pernah tinggalkan tongkat ini walau kemana-mana pun.
Difahamkan bahawa tongkat ini mempunyai nilai mistik, waullahu`alam. Disebalik itu, masih ada tongkat yang tidak diketahui umum. Rajah inilah satu-satunya Tongkat Komando Sukarno, daripada tangan Sukarno sendiri dan pernah dibawa keseluruh dunia walau mungkin Sukarno tidak memegangnya ketika bertugas, tetapi sudah pasti ada orang kepercayaan yang tertentu dipertanggungjawabkan menjaganya. Setelah Sukarno meninggal, perwaris tongkat ini yang merupakan keturunan Sunan Kalijaga juga pernah membawanya ke seluruh dunia sehingga sekarang.
Seperti yang diketahui, Sukarno (sengaja) menolak hal-hal mistik terhadap barangnya. Hakikatnya Sukarno mempunyai pelbagai barang mistik yang amat sukar diperolehi melainkan orang yang terpilih oleh Allah swt. Melalui guru beliau, beliau diarah mengembara untuk mendapatkan segala macam barang ajaib ini. Sesunguhnya Sukarno memang terpilih untuk memilikinya secara mistik. Para-para antik dan mistik tercari-cari barang-barang seperti ini sehingga sanggup menawarkan harga jutaan ringgit.
Ramai juga yang mendakwa memiliki tongkat ini, tetapi banyak pula tongkat palsu di pasaran dunia. Saya sendiri pernah membeli tongkat palsu ini sekadar membuat kajian dan setelah ujian berakhir saya hadiahkan pada sahabat saya. Sehingga kini saya belum jumpa lagi orang (lain) yang mampu membuktikan keistimewaan tongkat ini dengan nilai-nilai mistik.
Antara kelebihannya Tongkat Komando Sukarno ini adalah:
a. Kebal umum,
b. Mampu menghentikan kenderaan (kapal terbang) dan lain-lain.
c. Menundukkan dll.
Apa pun tujuan utamanya adalah untuk Fisabilillah sahaja. Insya`allah. Tongkat yang di atas memenuhi ciri-ciri yang dimaksudkan dan boleh ditunjukkan keindahannnya bila kena pada tempat dan sampai waktunya.
Antara kelebihannya Tongkat Komando Sukarno ini adalah:
a. Kebal umum,
b. Mampu menghentikan kenderaan (kapal terbang) dan lain-lain.
c. Menundukkan dll.
Apa pun tujuan utamanya adalah untuk Fisabilillah sahaja. Insya`allah. Tongkat yang di atas memenuhi ciri-ciri yang dimaksudkan dan boleh ditunjukkan keindahannnya bila kena pada tempat dan sampai waktunya.
Tujuan dipamirkan ini adalah untuk dimaharkan atas kehendak dan izin pemiliknya (pewaris). Nilai mahar memang sangat tinggi. Oleh itu selayaknya pemimpin @ penguasa @ Raja @ Sultan sahaja yang sebaik-baik memiliknya untuk tujuan fisabillah. Jazakallah.
Tuk Lutfi.
Tuk Lutfi.
