Keris Sepukal

Keris Sepukal

Tuesday, 10 July 2012

BUNTAT KELAPA ASLI

BUNTAT KELAPA ASLI

Buntat kelapa asli adalah satu-satunya barang hikmat berprofil tinggi yang sangat diminati ramai. Dipercayai buntat kelapa ini mempunyai keindahan seperti yang berikut:

a. Penawar Santau.
b. Penyembuh demam.
c. Pelaris perniagaan terutamanya perniagaan pemakanan.
d. Bertindak sebagai anti-basi iaitu jika diletakkan didalam lauk atau nasi ianya tidak akan basi untuk satu jangkamasa yang agak lama dan lain-lain.

Batu buntat kelapa ini biasanya ditawarkan dengan harga yang sangat tinggi. Ianya digunakan dalam musim peperangan iaitu sebagai media yang mengekalkan makanan tidak basi atau air rendamannya boleh digunakan sebagai penyembuh luka dan sebagainya. Ujian yang pernah dillakukan pada buntat kelapa seperti rajah di atas ini adalah seperti dibawah:-

a. Direndam dalam santan kelapa sehingga 10 hari tidak basi, malah mengeluarkan minyak. Ujian dilakukan pada 3 bulan yang lepas.
b. Diletakkan dalam nasi yang baru masak tetapi setelah sejuk. Hasil yang didapati adalah nasi tidak basi lebih dari 5 hari. (Ujian bermula 01hb Julai 2012).

Sekian sahaja sebagai tatapan umum, terimakasih.

Tuk Lutfi.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.