Keris Sepukal

Keris Sepukal

Sunday, 20 January 2013

ILMU HIKMAH

Rajah 1: Manuskrip Ilmu Hikmah - 
[Di tulis atas kulit kambing]


Assalamu`alaikum dan salam sejahtera pelawat yang dimuliakan.

Hari ini Tuk terpanggil untuk membicarakan tentang ilmu hikmah. Ilmu hikmah secara asasnya terdiri dari dua cabang iaitu ilmu perubatan dan ilmu hulubalang ATAU  dalam lain perkataan boleh juga disebut sebagai ilmu kebatinan. Dalam ini juga terkandung dalam bab yang membicarakan:-

IRHAS
MUKJIZAT
KARAMAH
MAKUWANAH
ISTRIDRASH
SIHIR
ILHANAH
SYAKWAZAH

Setiap guru, setiap mursyid, setiap pengkaji  dan lain-lain mempunyai istilah masing-masing dalam penentuan cabang-cabang ilmu. Semuanya itu adalah bertujuan sebagai kefahaman sahaja. Contohnya bagi mereka yang mendalami ilmu tauhid, akan biasa dengar tentang ilmu Martabat 7 atau sifat 20. Kita menyangka wajib mempelajari dan jika tak tahu sifat 20 akan terbatal syahadah. Ilmu martabat 7 atau sifat 20 adalah satu bentuk ilmu diilhamkan oleh para arifbillah untuk memudahkan kefahaman kita. Jika kita kata wajib pelajari, maka bagaimana dengan umat-umat Islam sebelum itu iatiu sebelum munculnya ilmu-ilmu itu. Imam Syafie tak berlajar sifat 20, begitu juga Imam-imam lain tidak berlajar mertabat 7, adakah terbatal syahadahnya? Tentu sekali tidak. Ilmu2 itu diperolehi secara laduni oleh para arifbillah (wali-wali Allah) untuk memudahkan generasi seterusnya memahami bab tauhid kerana selepas zaman golongan Akidah Salaf, muncul pelbagai fahaman yang mengelirukan. 

Akidah Salaf hanya sampai ke kurun ke lima. Pada masa dulu hanya 'Samiqna wa ataq na' iaitu 'Kami dengar dan taat'. Selepas itu kita termasuk dalam aliran golongan Akidah Khalaf. Pada generasi Akidah Khalaf, banyak kekeliruan timbul, banyak fahaman timbul. Alhamdulilah dengan takdir Allah, muncul dua orang Wali Allah penyelamat bagi umat seterusnya iaitu Abu Mansur Al-Maturidi dan Abu Hassan A-Syaari iaitu pembangun Mazhab Tauhid dan diterima oleh jumhur ulamak sedunia sebagai fahaman akidah ahli sunnah wal jamaah.

Oleh itu sahabat Tuk yang dimuliakan, sebelum kita menceburi dengan mendalam ilmu hikmah, hendaklah kita mempelajari tiga cabang ilmu utama iaitu ilmu tauhid, ilmu fiqh dan ilmu tasauf. Ketiga-tiga cabang ilmu itu mempunyai pembangun mazhab masing-masing yang telah disepakati oleh jumhur ulamak seluruh dunia, maka wajib bagi kita mematuhinya, melainkan kita mampu dan layak untuk berijtihad sendiri.

Di sini, Tuk hanya ingin membicarakan sepintas lalu bab Perubatan Islam atau Tradisional. Sungguh malang sekali, dengan orientasi pemikiran kafir barat, kita memandang kaedah Perubatan Islam atau Tradisional merupakan rawatan alternatif dan mengagongkan perubatan moden sebagai rawatan utama. Inilah satu-satu fahaman kolot yang berjaya diorientasikan oleh orang kafir barat sehingga terpengaruh. Hal sedemikian sangat rapuh untuk melunturkan iqtikad kita. Hati-hati!

Hakikatnya rawatan Islam dan tradisional telah mempulopori dunia perubatan ribuan tahun dahulu tetapi masih dianggap kelas kedua iaitu sebagai rawatan alternatif. Hal sedemikian ini yang perlu kita ubah. Sepatutnya perubatan moden di hospital atau klinik adalah hanyalah rawatan alternatif yang mungkin tidak perlu jika kita menjaga kesihatan atau mempunyai sedikit pengetahuan tentang perubatan islam atau tradisional.

Bila sebut perubatan Islam atau tradisional, biasanya dikaitkan dengan perkara misteri. Bila dikaitkan dengan misteri maknanya ada gangguan jin, bila ada kaitan dengan jin, maknanya kena cari bomoh!.. inilah punca kenapa perubatan Islam atau tradisional diperlekehkan. Sungguhpun begitu, telah banyak terbukti, banyak kes yang tidak mampu dirawat secara perubatan moden boleh dipulihkan secara tradisional terutama yang ada kaitan dengan penyakit misteri. Cuma, biasanya pesakit agak takut untuk berubat bila berlaku kes misteri kerana terlalu banyak bomoh-bomoh atau perawat yang menipu dan mengambil kesempatan walaupun perawat itu datang dari pusat-pusat perubatan yang tersohor.

Menjadi PERAWAT.
Sejak akhir-akhir ini ramai yang berminat menjadi perawat, ini satu perkembangan yang sangat baik untuk membuktikan rawatan islam adalah rawatan utama. Tetapi untuk menjadi perawat bukan satu kerja yang mudah, bukan dengan hadir kursus beberapa hari, dapat sijil dengan bayaran tertentu mampu menjadi perawat. Ilmu kedukunan atau perubatan Islam bukan semudah itu untuk dipelajari. Sebagaimana yang Tuk jelaskan diawal tadi, selesaikan ilmu tauhid, fiqh dan tasauf dahulu sekurang-kurangnya melepasi fardhu ain barulah mula melangkah ke dalam bidang ilmu perubatan. Ilmu perubatan adalah fardhu kifayah, jadi kena dulukan fardhu ain dulu,  jika tidak ianya salah pada syarat dan tiada keberkatan.

Dalam kajian rawatan secara Islam atau Tradisional, maka ramailah penentang-penentang yang cuba memperlekehkan atau menyatakan bukan unsur yang bersumber syarak atau lebih tepat dikatakan syririk. Tuk sudah lali dengan tuduhan seperti ini, kadang2 ada kes yang menuduh tu baru sahaja melalui rawatan dengan tuk, sudak bertahun2 tidak boleh jalan, tetapi dgn izin Allah melalui sentuhan tangan Tuk tak sampai setengah jam boleh berjalan. Penyudahnya Tuk pulak dikatakan syrik sbb mendengar beberapa bacaan Tuk ketika merawat. Abis di canang satu kampung. Tak apa lah, hero mmg kalau dulu...hu3

Antara hal yang dituduh syirik:
a. Menggunakan WAFAQ.
b  Hadiah Fatihah kepada beberapa orang.
c. Meminta nama pesakit bte ibu. dan lain-lain.

Keyakian mereka mengatakan Tuk sesat dikuatkan lagi bila disokong dan dihujah oleh Utz-Utz tanah air. Oleh itu, Tuk rasa satu tanggung jawab besar untuk membetulkan fahaman ini. Tuk akan bawakan dalil dan nas yang sohih serta contoh-contoh yang sesuai untuk mematikan hujah-hujah paslu mereka melalui e-book Tuk nanti. Tuk juga akan menulis beberapa perkara asas yang perlu diketahui untuk mengatasi beberapa penyakit kecil jika berlaku tanpa diduga, Insya`Allah.


..... to be continued.

Jazakalah.

Dato` Lutfi.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.