Keris Sepukal

Keris Sepukal

Wednesday, 1 May 2013

BATU DELIMA MERAH DAN GELIGA LIPAN.

Assalamu`alaikum pelawat-pelawat blok yang dimuliakan.

Sudah lama Tuk tidak membicarakan tentang barang-barang mistik berprofil tinggi ini. Tidak dinafikan bagi peminat barang seperti ini akan cuba mencari diseluruh pelusuk nusantara, Yang herannya, memang barang seperti ini banyak terdapat di nusantara. 

Hari ini Tuk rasa terpanggil untuk bercerita sikit hal ini kerana masih ramai lagi yang menalipon Tuk bertanyakan perkara yang sama bertujuan untuk memiliki barang ini. Sudah pasti, barang seumpama ini nilainya jutaan ringgit dan bukan semua orang mampu memilikinya.

Sebenarnya Tuk pernah war-warkan tentang kewujudan barang yang seumpama ini satu ketika dahulu iaitu antara Julai 2011 hingga Julai 2012. Walau pun setahun, banyak pengalaman Tuk berhadapan dengan beberapa orang samada broker, tester, pembeli dan juga pemilik barang. 

Dari pengalaman Tuk setahun berkecimpung dengan semua golongan itu, memang terlalu banyak perkara dan ilmu pengetahuan dapat dikongsikan. Ada di antara mereka sudah menceburi bidang mistik berprofil tingggi ini berpuluh tahun lamanya. Yang terbaru ini Tuk telah berpeluang berjumpa dengan seorang guru (berumur 90 tahun) dari Pantai Timur yang telah berkecimpung dengan dunia mistik ini sejak 1953, iaitu sebelum Malaysia Merdeka pada tahun 1957. Alhamdulillah, banyak perkara yang dapat dikongsikan, banyak hal ghaib dapat dibuktikan dengan mata kepala sendiri oleh mereka yang turut hadir dalam majlis muzakarah baru-baru ini. Syukuran. Tetapi sebelum itu, Tuk sudah bertemu dengan seorang guru dari Indonesia yang berusia 120 tahun, masih segar dan bertenaga yang telah berkecimpung, menyimpan dan juga memiliki barang istimewa ini semenjak berusia 20 tahun, bermakna beliau telah hadir dalam dunia mistik berprofil tinggi ini semenjak 100 tahun yang lampau.

Ada yang menyebabkan Tuk kadang-kadang tersenyum sendirian apabila ada anak-anak mentah yang melawat blok Tuk tanpa alasan yang kukuh, tanpa ilmu, tanpa mengaji, tanpa berguru atau dalam lain perkataan kosong dadanya tiba-tiba menyatakan semua itu adalah syirik dan sesat. Tuk tak rasa marah pun dan tidak sesekali berkecil hati Tuk , cuma Tuk kesian mereka itu terus dalam kejahilan berpanjangan.... to be continued...

MARILAH TUK NAK TUNJUKKAN VIDEO MENGENAI
BARANG MISTIK BERPROFIL TINGGI SEPERTI BERIKUT:-

Sepasang Geliga Lipan Kebal Umum

Gambar di atas adalah cara menguji geliga lipan kebal umum. Sepasang Geliga Lipan itu telah di masukkan ke dalam mulut. Setelah itu, ujian memotong rambut dilakukan dengan menggunakan pisau cukur. Tuan akan kedengaran bunyi geseran seperti besi. Gambar dalam video ini adalah pembantu Tuk iaitu Pendakwa 7 seperti yang ada dalam gambar blok ini. Tuk percaya sudah ribuan orang bertemu dengannya dengan tujuan pemaharan. Setelah ujian ini, geliga ini dikeluarkan dari mulut dan diletakkan sahaja atas meja. Dengan izin Allah swt, hampir satu jam diuji, keindahannya sebagai kebal umum tetap ada. Maha Suci Allah yang menjadikan sesuatu dengan penuh hikmat.

DELIMA MERAH KEBAL UMUM


Maaf, gambar tak jelas sangat. Sila perhatikan betul-betul ketika tester memotong janggut Tuk itu, terdapat percikan api keluar. Menunjukkan rambut yang nipis pun boleh menjadi seperti urat dawai atau besi. Ini bukan dibuat-buat, tetapi inilah keindahan asli alami barang mistik berprofil tinggi. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt.

TAWARAN KEPADA BROKER, TESTER DAN PEMBELI:

TUK BERCADANG UNTUK MEMAHARKAN SATU BARANG MISTIK BERPROFIL TINGGI SEPERTI SPESIFIKASI BERIKUT:

NAMA BARANG : DELIMA MERAH
KEINDAHAN 1    : KEBAL UMUM
KEINDAHAN 2    : AIR MERAH.
LOKASI UJIAN    : DI MANA SAHAJA DI NUSANTARA.
DEPOSIT TEST   : RM300,000 SAHAJA.(DIPULANGKAN 100% JIKA GAGAL UJIAN)
NILAI MAHAR     : MAHAL, SUDAH SEDIA MAKLUM.

SEBELUM UPACARA PEMAHARAN DILAKUKAN MAKA TUK PERLU KENAL DAN JUMPA SEMUA YANG TERLIBAT SAMADA BROKER, TESTER DAN JUGA PEMBELI. JIKA HENDAK MENGADAKAN UPACA PENGUJIAN, DEPOSIT ADALAH WAJIB.


JAZAKALAH.

DATO` LUTFI @ TABUT SAKINAH

TAMBAHAN:

Tuk ingin juga berpesan kepada beberapa pihak, adik-adik atau anak-anak yang baru berjinak-jinak dengan urusan pemaharan barang berprofil tinggi ini. Tuk ada senarai beberapa nama (TESTER dan BUYER) yang telah di SENARAI HITAM kerana menjalankan urusan tidak telus. Berapa banyak wang broker keluar kononnya untuk bayar tester dan sebagainya. Oleh itu, sebelum memulakan sebarang urusan, dapatkan khidmat nasihat daripada yang arif dahulu atau emel pada Tuk. Antara perkataan yang adik-adik atau anak-anak akan dengar sebelum urusan adalah sepeti berikut:

a. Bayar tester.
b. Bayar dalam masa sejam atau lebih.
c. Uji depan tester dahulu baru boleh jumpa pembeli.

Dan lain-lain. Maka jika anak-anak mendengar perkataan atau diberitahu perkara yang serupa (a), (b) dan (c) atau yang serupa dengannya, hakikatnya urusan itu sebenarnya bakal menjerat anak-anak semua dan pasti 100% tidak berjaya. Ingat!.. hakikatnya kebanyakan tester adalah jahil dalam perkara mistik ini, mereka sekadar berlagak pandai untuk meraih duit haram awal dan menyaksikan keindahan barang secara tidak berhak.

MEMANG HERAN! Depa yang hendak beli barang kita, kita pulak yang kena bayar untuk depa test!.. Memang mengarut!

BERHATI-HATI WAHAI ADIK ADIK DAN ANAK CUCUK TUK SEMUA.. 

Wassallam.

Keris dan pelbagai senjata lama

Assalamu`alaikum,

Senjata utama seperti keris merupakan salah satu senjata yang sangat penting bagi masyarakat Melayu, sehingga pada satu satu masa dahulu keris ini diharamkan oleh pihak pemimpin British di Malaya. Oleh itu masyarakat Melayu mula merebentuk senjata berupa badik sebagai senjata sokongan. Ini menunjukkan senjata berupa keris atau parang sangat digeruni oleh pihak pemimpin asing kerana keunikan dan kelebihannya yang tidak tercapai oleh pancaindera orang awam.Di antaranya adalah keris ataupun parang ini mampu memburu musuh (terbang) hanyalah dengan sedikit arahan dari pemiliknya. Hal seperti ini bukanlah satu perkara yang pelik kerana hakikatnya sehingga kini masih ramai pemilik senjata yang berupaya mengarahkan senjatanya terbang (untuk memburu musuh). Hal ini boleh berlaku tidak semestinya dalam keadaan darurat seperti mana yang kita pernah dengar peristiwa kisah Panglima Kiyai Salleh berkaitan Selendang Merah dan parang terbang ketika 13 Mei dahulu.